Followers

Bersyukurlah Dengan Kesihatan Anda


Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul Adawiyah.
"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

Sedikit Peringatan Untuk Semua (Artikel Yang Panjang Tidak Semestinya Membosankan)


PERHATIAN : Sila baca artikel ini sehingga penghabisan untuk mendapatkan idea yang ingin disampaikan.Jangan malas untuk membaca.Orang yang malas itu adalah orang yang rugi.Menonton filem boleh berjam-jam.Apa salahnya meluangkan masa 10 minit untuk artikel yang tidak seberapa ini.Insya-Allah kita akan mendapat kebaikan bersama-sama.

Assalamualaikum..
Ini merupakan zaman internet.Ada pro-kontranya.Pandai mengguna,baiklah hasilnya.Jika diguna dengan niat jahat,buruklah hasilnya.Kita kini mempunyai perkhidmatan blog.Bagus perkhidmatan ini.Ramai yang menulis.Blog ini banyak jenisnya.Ada blog politik,blog ilmu,dan blog peribadi.

Menulis blog tidak memerlukan ilmu tinggi.Sesiapa juga boleh menulis blog.Apa-apa topik juga boleh ditulis.Anda mahu menulis fitnah juga boleh.Apa-apa sahajalah pendek kata.Dari pelajar,guru,pekerja kerajaan, businessman, malah tukang kebun juga mahu menulis blog.Masing-masing hendak mempunyai blog sendiri.Tidak mengapa.Tidak salah..

Tetapi yang menjadi salahnya apabila blog itu ditulis dengan niat yang tidak betul.Kita orang Islam kena ingat.Setiap perbuatan kita baik yang kecil atau besar akan dihitung dan dicatitkan pahala dan dosanya.Oleh itu menulis itu biarlah dengan niat yang baik.

Baiklah.Mari kita tinjau 3 jenis kategori blog yang biasanya ditulis oleh kita semua.

Blog Politik

Saya tidak tahu mengapa,ramai benar dari kita berminat dan berkeyakinan sungguh menulis blog tentang politik.Hendak kata mereka itu orang yang berkelayakan,tidak juga.Mereka menulis seperti mereka ini yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa besar tempatan.Mereka menulis seperti pihak yang terlibat itu secara langsung menceritakan kepada mereka apa yang berlaku.

Tetapi menurut perhatian saya,kebanyakan dari mereka yang menulis blog kategori ini,kebanyakan dari mereka tidak mengetahui adakah kebenaran sesuatu berita yang mereka sampaikan itu.Malah mereka dengan konfiden-nya memaki hamun pihak yang terbabit dalam berita atas angin itu.

Sedikit teguran ingin saya beri kepada mereka-mereka ini.

Janganlah terlalu taksub dengan fahaman politik anda sehingga anda menulis berita yang tidak diketahui kebenaran.Tahulah anda bahawa menyebar berita palsu dan buruk tentang orang lain itu adalah berdosa.Boleh jadi memfitnah jika tersilap langkah.

Tidak perlu anda melebih-lebih menulis blog lebih daripada ahli politik itu sendiri.Anda jika hanya sekadar mendengar-dengar dari mulut ke mulut berita tersebut,tolonglah jangan sebarkan.Khabar angin seperti ini hanya boleh merosakkan pemikiran masyarakat.

Dan seperkara lagi,perasankah anda.Di dalam suatu blog politik yang biasanya agak terkenal,pasti akan ada komen-komen di bawah artikelnya di mana,berbalah-balahlah penyokong-penyokong parti tentang mana satu pihak yang betul.

Pada saya ini tidak betul.Apa guna kita berlawan dan berbalah di bawah itu?Dan kebanyakan yang berbuat begitu adalah umat Islam.Malu saya.Kita bergaduh sesama sendiri hanya kerana suatu yang tidak diketahui kebenarannya.Hanya kerana sesuatu yang diputar belit faktanya.

Bagi yang menulis blog politik seperti ini pula,gunakanlah akal.Anda fikirlah sedalam-dalamnya.Anda menulis blog itu,tetapi dalam masa yang sama,artikel anda itu menjadi punca perbalahan umat Islam yang lain.Anda rasa-rasa,dapat pahalakah perbuatan anda itu?

Islam itu bukan hanya tertakluk kepada politik semata.Islam itu cara hidup.Islam itu seluruh hidup kita.Adalah lebih baik kita menulis tentang sesuatu di luar tema politik.Sesuatu yang dapat membangkitkan kesedaran umat Islam.Dari kita menulis tentang politik yang secara jelasnya akan mewujudkan perbalahan sesama kita.

Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan tema tulisan.Buka minda anda.Jangan fikir satu sudut sahaja.Itulah pentingnya ilmu.Apa yang kita baca setiap hari itu,akan membentuk jiwa kita.Jika kita setiap hari mencari blog-blog politik yang penuh dengan kedengkian dan hasad,hasadlah jadi peribadi kita.

Benar! Saya sendiri merasainya satu ketika dahulu.Saya membaca blog-blog seperti ini.Namun kemudian,saya berfikir,apa motifnya saya membaca blog-blog seperti ini? Fitnah dan pemakian sahaja yang ada.Apa yang dapat diberi kepada umat Islam dan umat manusia keseluruhannya melalui penulisan itu?Apakah kesan ilmiahnya?

Jawapannya hanya satu.Tetapi boleh diterjemah ke dalam pelbagai kata.Jawapannya adalah tiada,kosong dan nothing.

Seperkara lagi tentang penulis blog-blog politik ini,mereka apabila berbicara,mereka berbicara seperti orang-orang bijak belaka tanpa memikirkan betul atau tidak perkara yang ditulis itu.

Satu teguran dari saya.Janganlah kita terlalu obses dan mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin politik itu.Mereka juga manusia.Bisa melakukan kesalahan.Jangan apabila mereka melakukan kesalahan/dikritik, kita yang tiada kena mengena dengan mereka ini bersungguh-sungguh mempertahankan mereka dengan mencari balik kesalahan pihak yang menuduh mereka.

Sehingga ada yang memaki hamun di dalam blog untuk pemimpin mereka.Cuba berhenti seketika dan berfikir.Ke manakah kewarasan kita menghilang semasa menulis?Adakah itu tujuan kita hidup di muka bumi ini?Adakah itu tujuan kita diciptakan Allah SWT? Memikirkan tentang parti politik kita 24jam? Adakah hidup hanya sekitar politik?

Maafkan saya jika pendapat saya ini salah.Saya sedar saya ini manusia biasa.Jika salah betulkan.Tetapi saya menegur pihak-pihak yang terlalu obses dan menulis tanpa menggunakan akal fikiran itu.

Sehingga ada yang meng edit-edit gambar pemimpin parti politik dengan gambar-gambar lucah yang hina lagi jijik.

Apakah itu?Anda pernah melihatkah mereka membuat seperti itu?Jangan saudara.Jangan menyebar fitnah.

"... dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan..."
(surah Al-Baqarah 191)

Jangan kerana terlalu taksub dengan dunia politik itu,kita hilang kewarasan.Nabi Muhammad SAW tidak menyuruh kita menjadi radikal atau fanatik.Nabi Muhammad SAW itu sendiri keperibadiannya sederhana dalam segala aspek.Orang yang berlebih-lebihan ini senang mendapat dosa.

Jika kita tidak tahu sesuatu perkara itu dengan tepat,adalah lebih baik kita mendiamkan diri.Sesungguhnya orang yang mendiamkan diri itu tidak semestinya bodoh.Dan orang yang melontarkan kata-kata itu tidak semestinya bijak.

Dan jangan kerana tulisan kita itu,orang bukan Islam semakin menjauhi Islam kerana melihat kita berbalah sesama sendiri.Anda fikirkanlah ya..Ambil masa.Ketepikan peribadi dan emosi.Pasti anda akan ketemui kewarasan kembali.

Mari kita tinjau blog kategori kedua pula.

Blog Penulisan Ilmu Agama

Blog-blog penulisan agama ini memang baik.Jika kita niatkan penulisan kita kerana Allah dan supaya ia dapat menyedarkan orang ramai, maka pahalalah untuk kita.Insya-Allah..Tetapi,dalam kita menulis itu,pastikan sumber-sumber yang kita gunakan itu benar-benar sahih dan tepat ilmunya.

 Adakah kita terfikir bertapa besar dosa yang akan kita dapat jika apa yang ingin kita sampaikan kepada pembaca adalah silap? Bagaimana jika ada diantara orang-orang yang baru ingin berubah ini mengikut apa yang kita paparkan dan ternyata fakta serta ilmu yang ingin kita sampaikan itu adalah dari sumber yang salah a.k.a tersilap? Kita secara tidak sengaja menyesatkan mereka-mereka itu walaupun niat kita adalah untuk kebaikkan.
Banyakkan kajian dahulu sebelum menulis.Banyakkan pembacaan dan google tentang maklumat-maklumat artikel kita itu.Kerana ada sesetengah blog yang diragui kebenaran artikelnya itu.

Dan untuk kita para pembaca pula,kita hendaklah berfikir sebelum menerima sesuatu ilmu agama dalam blog itu.Jangan hanya terima sahaja.Ini supaya kita benar-benar pasti akan kebenaran artikel itu dan yakin akan ilmu yang ada.Lantas memudahkan jiwa dan fizikal kita beramal dengan ilmu itu.

Sejak akhir-akhir ini,terdapat juga blog-blog yang memaparkan artikel-artikel tentang peristiwa akhir zaman dari sudut perspektif Islam.Memang bagus niat kita semua dalam menulis itu.Tetapi sebagai pembaca,jangan terlalu liberal atau terbuka dalam menerima ilmu itu.Kerana saya pernah membaca beberapa blog yang diragui kebenarannya.

Itulah kepentingan akal dan ilmu.Fikir dahulu sebelum kita mengambil sesuatu ilmu itu.Jangan tersilap langkah.Tersilap langkah boleh membawa mudarat.

Tetapi tidak semua blog begitu.Kebanyakan blog-blog seperti ini penulis-penulisnya sudah mengkaji kebenaran artikel mereka sebelum ditulis.Tetapi,tetap perlu berfikir dan berwaspada.Satu lagi teguran untuk blog-blog keagamaan ini (maafkan saya).Jika boleh,janganlah diletakkan auto-play untuk lagu-lagu nasyid.

Memang bagus kita pasang auto-play.Tetapi di sesetengah kawasan yang kelajuan internetnya perlahan(seperti tempat saya) tidakkah mereka akan terkejut jika tiba-tiba mereka sedang membaca,kedengaran bunyi audio?

Dari hendak membaca dengan baik,mereka telah memaki hamun lagu-lagu itu.Padahal,lagu itu bertujuan menginsafkan.Betul bukan apa yang saya cakap?

Fikirkanlah...

Kemudian mari kita tinjau blog yang ketiga dalam kategori blog favourite.

Blog Peribadi

Blog ini sering ditulis remaja khususnya.Beberapa teguran yang ingin saya beri (walau diri dan blog ini pun tidak seberapa sempurna) kepada mereka dan juga diri sendiri.Kita sebagai remaja.Gunakanlah masa kita dengan baik.Janganlah menulis perkara-perkara kosong sahaja di dalam blog.Marilah menukar persepsi kita.Gunakan akal.Mulakan pembacaan dan penulisan artikel-artikel yang berat.

Mulalah menulis tentang isu serius dalam masyarakat.Isu serius dalam dunia.Penulisan seperti ini dapat membuka minda kita dan orang lain menjadi seseorang yang lebih matang.Bergelak ketawa boleh.Tapi sampai bila? Dunia hendak sudah pun kiamat dalam bahasa kasar.Cukup-cukuplah kita membuang masa.

Dan bagi wanita atau gadis pula,jika hendak menguploadkan gambar ke dalam dunia maya ini,fikirkan dahulu ayat saya di bawah ini.

-Tahukah anda jika anda membuat aksi-aksi camwhoring dan meletakkannya di dalam blog/Facebook dll itu,gambar itu bakal ditonton oleh berjuta lelaki pervert di dalam internet?

-Ya,anda memanglah memakai tudung.Menutup aurat.Tetapi jika anda membuat muka yang comel itu,tetap akan menarik perhatian lelaki-lelaki pervert.Mahukah anda ditonton oleh mereka yang kegersangan ini?

-Tahukah anda,setiap kali anda menguploadkan gambar di dalam internet,walaupun setelah anda memadamkannya nanti,gambar itu akan kekal di dalam simpanan Google selama 3 bulan?

-Adakah anda tahu bahawa ramai lelaki yang akan memuat-turun download gambar-gambar anda yang comel itu ke dalam komputer peribadi mereka.Malah jika nasib anda lebih teruk,mereka akan mencetak gambar anda.

-Dan mereka menyimpannya untuk ditatap. Tidakkah perbuatan anda ini sama sahaja seperti anda menjadi model peribadi kepada lelaki-lelaki yang kegersangan ini?Bezanya,anda tidak nampak dan tidak tahu siapa mereka.Boleh jadi kawan anda sendiri.(ini fakta.sumpah tidak tipu.saya tahulah kerana saya ramai rakan-rakan sebegini) .

-Adakah anda tidak takut jika mereka sharekan gambar-gambar anda di blog mereka?Mereka gunakan gambar-gambar anda untuk membuat satu profile Myspace baru untuk anda? (pernah terjadi kepada kenalan saya) .

-Anda tidak boleh dakwa mereka apa-apa.Kerana sesaat selepas anda menguploadkan gambar-gambar itu ke dunia maya,anda telah mengisytiharkan gambar itu sebagai hak milik dunia.Well,ini zaman moden.

-Jika lebih teruk,mungkin gambar anda akan diedit super-imposed.Benda ini pernah terjadi.Anda sahaja yang tidak sedar.

-Tahukah anda bahawa setiap kali anda menguploadkan gambar ke dalam dunia maya,ia akan disesuaikan dengan nama anda untuk dipadankan dengan search result.Bayangkan jika anda ada gambar tidak pakai tudung,kemudian anda sudah padam.Tetapi setelah sebulan selepas itu,anda google nama anda,dan gambar itu masih keluar di keputusan carian.

-Ingat,ini zaman teknologi.Bakal suami anda mungkin akan meneliti siapakah anda sebelum berfikir ingin berkahwin dengan anda.Bakal majikan anda juga begitu.Hal yang sama kepada kaum lelaki.

-Anda fikir-fikirkanlah.

Itu untuk gambar..

Dan jika anda menulis blog peribadi,janganlah menulis sesuatu yang peribadi secara terbuka.Ingat.Satu dunia membaca tulisan anda.Anda mungkin berfikir jika anda menulis blog,tiada siapa yang bakal tahu.Tetapi sebenarnya dan hakikatnya,audiensnya lagi besar ya.

Itulah sahaja nasihat dan teguran dari saya untuk anda bloggers semua.Juga kepada para pembaca.Juga kepada semua pengguna internet.Ingat.Semasa menggunakan internet,kita tetap orang Islam.Kekalkan adab kesopanan yang diajar Nabi Muhammad SAW semasa melayari internet itu.Jangan bertukar menjadi haiwan sementelah memegang papan kunci dan tetikus.

Ubahlah pemikiran anda.Kita sudah terlalu lama lena semua hanya dunia.Mulalah menulis untuk kebaikan.Carilah ilmu dan kebenaran setiap masa.Agar diri tidak dinodai oleh kegelapan syaitan.
Dan ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita.

Semoga artikel ini membawa kebaikan kepada kita semua.Insya-Allah.Amin.

Assalamualaikum...

Hubungan Seks Suami Isteri Dalam Islam

Di atas pengalaman rumahtangga kawan yang runtuh bagaikan negara Haiti yang digegarkan oleh gempa bumi berukuran 7 scala richter. Kali ini penulis terpanggil untuk menulis sedikit sebagai nasihat kepada pembaca-pembaca untuk menghayati tajuk kali ini. Rumahtangganya yang runtuh dan ranap menyembah bumi bukan retak lagi berpunca dari hubungan seks yang hambar atau kurang hubungan seks pada awal perkahwinan mereka.


Walaupun penulis sendiri sekarang adalah dalam kumpulan yang sederhana dalam hubungan seks tetapi jika keperluannya tinggi akan berusaha juga memenuhi hajat tersebut dengan apa cara sekalipun. Seks adalah fitrah manusia yang indah dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Kepada lelaki yang kurang minat dalam hubungan seks adalah suatu yang tidak normal atau pun dikatakan lelaki ini mempunyai masalah dengan hormon sex testosterone.


Membicarakan tentang seks perlu sikap yang amat berhati hati kerana ia memerlukan adab dan penggunaan bahasa yang terkawal supaya tidak memperlihatkan isu ini menjadi nampak lucah dan menjijikkan. Bagaimanapun seks tetap menjadi isu penting untuk diketengahkan kerana banyak orang dapat berbual tentang isu seks ini sambil diiringi hilaian ketawa penuh ghairah dan merangsangkan. Lebih dahsyat lagi seks telah diketengahkan dalam berbagai bentuk dan gaya yang hanya menaikkan syahwat sahaja dan lebih banyak nilai komersil dari nilai-nilai pendidikan. Ini membawa keuntungan besar bagi banyak pihak terutama dalam semua jenis media massa, sedangkan apa yang diketengahkan oleh media massa bukanlah pengetahuan seks yang sebenarnya.

Dalam Islam isu seks bukanlah sesuatu yang tabu atau memalukan untuk diketengahkan , bukan juga hanya semata mengetengahkan hukum halal dan haram. Ini disebabkan melakukan hubungan seks termasuk ibadah dalam rumahtangga seorang muslim. Dalam sunnahnya Nabi saw menyarankan seorang lelaki memilih wanita yang dapat melahirkan banyak anak. Ingin mempunyai anak adalah urusan bagaimana hubungan seks dilakukan oleh pasangan ditambah juga ada beberapa hadis yang mencatat doa doa dan tatacara hubungan seks oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat berkah kehangatan dan kenikmatan hubungan seks suami isteri disamping dapat melahirkan anak anak yang soleh/solehah.

Banyak pasangan Muslim/Muslimah tidak didedahkan dengan hadis-hadis tentang hubungan seks suami isteri yang lengkap. Ini disebabkan umat selalu merujuk hal ini kepada pakar perubatan atau kaunselor sahaja seolah olah Islam bukan tempat rujukan yang tepat. Asasnya perlu dibentuk dengan gaya dan cara yang sopan agar tidak terlalu menonjol atau mendatangkan fitnah dalam usaha menyampaikan dakwah.

Banyak nasihat dalam hadis-hadis Nabi saw tertuju kepada kaum lelaki kerana kelihatannya pengurusan hubungan seks adalah perkara yang amat penting bagi para suami. Malah melayani hubungan seks dalam rumahtangga termasuk isu ketaatan bagi para isteri. Banyak para wanita telah diberikan beberapa hadis ini sebelum mendirikan rumahtangga.

DALAM Al-Quran Allah SWT memberikan "kebenaran' kepada suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti dinyatakan dalam firmanNya yang bermaksud:

"Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu  


"Mendatangi sawah ladang mestilah dilakukan pada waktu dan masa yang sesuai, bukan sesuka hati".

"Jika suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu dia menolak ajakan tsb. hingga ia menjadi marah, maka para malaikat akan melaknatinya sampai subuh." (HR.Ahmad, Bukhari dan Muslim)

"Hak suami terhadap isterinya adalah tidak menghalangi permintaan suaminya kepadanya sekalipun sedang di atas punggung unta".

Tetapi janganlah kita menggunakan ayat ini untuk melakukan seks didalam kereta pulak nanti padah, terjadi kemalangan jalanraya. Tapi ayat itu bermaksudnya bertapa pentingnya permintaan sang suami yang tidak boleh ditolak oleh sang isteri dalam melakukan hubungan seks.

Dalam buku Fiqhus Sunnah karangan Sayyid Sabiq Ibny Hazam berkata:


Suami wajib mengumpuli isterinya sedikitnya satu kali setiap bulan jika ia mampu. Kalau tidak, bererti ia durhaka terhadap Allah SWT. Kebanyakan Ulama sependapat dengan Ibnu Hazm walaupun terdapat beberapa perbedaan pendapat. Bagaimanapun ini memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan semata kepentingan para suami tetapi juga keperluan naluri kewanitaan dalam hubungan lelaki/wanita.

Suatu malam Khalifah Umar Al Khattab meronda kota Madinah dan Umar mendengar keluhan dan rintihan seorang wanita dalam rangkapan kata katanya:

Malam ini begitu panjang dan tepi langit begitu hitam. Sudah lama aku tiada kawan untuk bersenda gurau. Demi Allah!. kalau tidak kerana takut kepada Allah SWT semata mata tentulah kaki kaki tempat tidur ini sudah bergoyang-goyang. Tetapi, O Tuhanku! Rasa malu cukup menahan diriku Namun, suamiku sungguh lebih mengutamakan mengendarai untanya. 

Rupanya suami wanita ini selalu bertugas pergi berjihad fisabilillah. Saidina Umar kemudian menetapkan waktu tugas bagi tenteranya untuk berada di medan tempur hanya selama enam bulan, sebulan untuk pergi, empat bulan di medan tempur lalu sebulan untuk pulang.

Dari kisah di atas memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan saja keinginan kaum lelaki tetapi juga keinginan semula jadi wanita apa lagi dalam ikatan yang sah sebagai suami/isteri. 

Seorang sahabat Nabi SAW pun pernah menyelesaikan masalah seorang wanita yang mengadu hal tentang suaminya yang tidak suka melayani keinginan seksnya kerana hanya suka berpuasa dan bersolat sepanjang masa. Lalu sahabat ini menasihati suami wanita ini melalui hujjahnya:


"Sesungguhnya isterimu mempunyai hak atas dirimu. Bahagian dia ada pada yang empat (dua paha lelaki, dua paha perempuan) bagi orang yang berakal. Berikanlah kepadanya. Dan janganlah anda perpanjang alasan."

Rasulullah saw bersabda:


"Bagi kamu melakukan jima' (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawabnya: bagaimana pendapatmu kalau dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala."(HR. Muslim )

Malah Rasulullah saw mengajarkan ini:


"Jika seseorang di antara kamu melakukan hubungan seks dengan isterinya hendaklah bersungguh sungguh. Bila ia sedang menyelesaikan keperluannya itu padahal isterinya belum sampai kepada klimaksnya, maka janganlah ia tergesa gesa (untuk mengakhirinya) sebelum keperluan isterinya diselesaikan pula". 

Hadis ini memperlihatkan bahawa hubunga seks suami isteri bukan semata pemuasan hawa nafsu satu pihak sahaja tetapi juga keperluan fisik dan biologi kedua keduanya, suami dan isteri. Misalkan lagi tentang Azl. Azl adalah satu kaedah hubungan seks yang biasa dilakukan oleh bangsa Arab untuk menjarakkan kehamilan yaitu suami mengeluarkan air maninya di luar faraj isterinya. Dalam kaedah ini Nabi saw mendiamkan tanpa bantahan. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa Azl itu boleh jika isteri setuju dan makruh jika isteri tidak setuju. Pendapat fiqh ini memperlihatkan bahawa kepuasan melakukan hubungan seks tetap menjadi perkara utama dalam hubungan suami isteri.

Setiap pasangan suami isteri haruslah melihat hubungan seks dari sudut yang betul dan tepat kerana hubungan seks bukan semata hanya memenuhi keinginan fisik tetapi lebih dari itu. Banyak pasangan yang hidup bertahun tahun tidak dapat menikmati kepuasan hubungan ini malah banyak pula yang merasa hambar, kurang daya upaya yang akhirnya hanya sekadar menjadi tugas rutin semata. Akibatnya ada yang mencari jalan keluar dengan tarikan tarikan seks yang lain seperti hubungan seks luar nikah atau sekadar menonton video-video lucah sehingga sukar menjauhi perbuatan onani walaupun sudah ada isteri atau suami.


Sunat
Sunat melakukan persetubuhan pada malam Jumaat dengan syarat ketika suami menginginkan hubungan berkenaan isteri berada dalam keadaan suci tanpa uzur.
Perkara ini berdasarkan riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Siapa yang mandi junub pada Jumaat dan dia pergi ke masjid, maka dia seperti telah berkorban seekor kambing."


Makruh
Makruh melakukan hubungan seks apabila satu pihak berada dalam ketakutan, waktu yang tidak sesuai, tidak ghairah dan semua keadaan yang boleh membuat hubungan seks itu tidak mencapai matlamat sebenar.

Haram
Haram hukumnya melakukan hubungan seks apabila isteri berada dalam keadaan haid seperti firman Allah SWT, maksudnya:


"Janganlah kamu mendekati mereka (isteri kamu untuk melakukan hubungan seks) hingga mereka bersih." (Surah al-Baqarah, ayat 222).

Pakar perubatan moden juga bersetuju bahawa perempuan yang sedang haid tidak boleh disetubuhi kerana pada waktu itu mereka sedang mengeluarkan darah kotor yang mengandungi banyak kuman dan bakteria.

Di samping itu, pada masa haid saraf alat kelamin mereka sedang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Diharamkan juga bersetubuh pada siang puasa Ramadan dan pada waktu melaksanakan ihram atau menyetubuhi isteri melalui duburnya.

Demikian besarnya perhatian Islam dalam masalah pernikahan, khususnya masalah hubungan seksual hingga suami dan isteri tidak ada berasa dirugikan atau dipaksa.

Perkara itulah yang dipesan Rasulullah SAW dalam sabdanya:


"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan. Sesungguhnya kamu ambil mereka dengan amanah Allah dan kamu halalkan mereka dengan kalimah Allah." (Hadis riwayat Muslim)


Dengan kesedaran ini, maka suami dan isteri akan melakukan hak dan kewajipan mereka dengan baik berdasarkan panduan Al-Quran dan sunnah. Tidak akan ada yang berasa dizalimi atau menzalimi. Suami dan isteri sama berusaha menciptakan keluarga bahagia baik di dunia atau akhirat.


Wasallam.

Dimanakah Kunci Rahsia Wanita?


Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin. 


Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat. 

Bahasa samada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan. 

Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya. 

Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka. 

Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt. 

Jangankan lelaki biasa, Nabi SAW pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-segalanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka. 

Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya: 

"Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita." 

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah swt, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK

Suburkanlah kebaikan kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. 

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan . 

"Lebih banyak lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki". 

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri. 

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda. 

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

Wasallam.

Bakal Tunang Suka Cium Mulut?


 Salam kepada pembaca yang budiman. Ini adalah diantara email yang penulis terima bulan ini. Untuk kebaikan semua, elok di dedahkan kepada pembaca kerana masalah begini selalu berlaku kepada masyarakat kita. Masalah yang sering berlaku kepada remaja di alam percintaan dan boleh mengakibatkan gadis-gadis yang baik yang belum kahwin dan akhirnya menjerumuskan kepada dosa zina, mengandung anak luar nikah dan yang paling teruk sekali memalukan keluarga jika perkara ini berlaku. Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Apabila larangan Allah SWT diperlekehkan, nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri!

PERSOALAN AGAMA: Bakal tunang suka cium mulut dan pegang tangan bila dating. Gadis minta nasihat dan pandangan.

Assalamualaikum en capt...maaf mengganggu..saya ada sedikit pertanyaan peribadi untuk ditujukan kepada encik..harap2 encik leh tolong ye..

Saya masih belajar di IPT..ada seorang teman lelaki juga masih belajar di IPT tetapi bukn di IPT yang sama. Masalah di sini apabila setiap kali kami berjumpa, teman lelaki mesti nak berpegangan tangan dan ada juga dia mencium saya. Tetapi saya tidak selesa dengan perbuatannya dan bila saya menolak saya tetap mengalah akhirnya. Encik janganlah salah paham, sebenarnya saya bukanlah perempuan murahan dan teman lelaki juga bukanlah lelaki yang suka mengambil kesempatan kpd perempuan. Masalahnya, teman lelaki sendiri cakap dia terlalu rindu, sayang dan cinta sama saya sampaikan dia akan memeluk dan mencium saya bila berjumpa bukan kerana nafsu semata2. Dia selalu ajak saya kawen cepat2 walaupun masa tidak sesuai. Masalahnya kedua2 orang tua kami tidak mahu kami berkahwen awal. memandangkan saya 21 dan dia 22 tahun. Kami pun masih belajar lagi. so, kami mesti bekerja dulu sebelum kawen. Teman lelaki ada juga mengajak saya nikah di siam terlebih dahulu sebelum kami nikah betul2 di malaysia. Perjanjian kami, kami nikah atas sebb xnak wat maksiat bersentuhan tangan, peluk dan cium. Kami juga lum hendak melakukan seks. Kami cuma nak perhubungan kami lebih halal dan selesa tanpa ada haram untuk bersentuhan. Dulu saya xnak nikah di siam sebb xbersedia lagi nak nikah. sekraang ni saya mula memikirkannya disebabkan saya lihat teman lelaki seperti keterlalulan apabila merindui dan menyayangi saya, saya mula memikirkan untuk nikah di siam. Apabila kami dah nikah pun kami tak tinggal sekali, saya dok di asrama dan dia duduk di rumah sewa.

Jadi, saya mahu bertanya kepada encik, adakah nikah di siam itu jalan terbaik untuk perhubungan kami ini? sebab saya dah kawal teman lelaki saya, tetapi dia cakap tak boleh dan dia xpenah buat lebih2 selaen peluk,cium dan pegang tangan saya. So, camna encik..saya cuma pikir akan dosa dan azab Allah ja. Selamani saya selalu mempertahankan maruah saya, saya xpenah langsung disentuh oleh lelaki. Sejak bersama teman lelaki saya telah disentuh. Saya takut dengan Allah dan sedar dosa yang kami lakukan. Saya nak selesaikan secepat mungkin. Tolong ya encik bagi pandangan kpd saya. Terima kaseh banyak2..

Gadis risau, Kuala Lumpur

Begini capt nak mulakan. Kerana apa yang saudari bagitau seperti bercium dan ringan-ringan usah diulang lagi......Kdg2 pd satu2 keadaan,perkahwinan bukanlah jalan penyelesaian. Ramai yang berkahwin akhirnya kecundang malah bertambah berdosa selepas berkahwin. Berdasarkan apa yang diceritakan, menunjukkan hubungan dengan teman lelaki itu adalah hubungan yang dilarang dari sudut agama meskipun tidak sampai dosa-dosa besar. Namun begitu hubungan sebegitu juga termasuk dosa dan boleh membawa kepada dosa besar (zina) Nauzubillah.
Kasih terbahagi kepada 3 kategori

1) Kasih semula jadi yang berkaitan keturunan. Cth: Kasih kepada ibubapa, abang, adik dan sebagainya.

2) Kasih yang datang kemudian. Cth: Kasih kepada kekasih (teman lelaki) @ kawan dengan kawan yang lain.

3) Kasih yang pautan atas dasar agama.

Kategori Pertama:

Kasih kategori ini adalah kasih semula jadi yang datang melalui kelahiran dan akan sukar dihilangkan kerana pautan kekeluargaan. Meskipun seorang yang kafir kemudian ia memeluk Islam namun syariat tetap mengarahkan untuk berhubung dengan keluarga yang belum memeluk agama Islam.

Kategori Kedua:

Kasih yang datang kemudian. Ini adalah kasih yang datang mungkin cepat datangnya dan mungkin juga berlalu dengan cepat. Waktu disayangi, kasihnya terlalu kuat. namun ketika benci terlalu cepat berlalu. Jika ianya diluar batas agama maka ianya mengundang dosa-dosa. Jika ianya atas batas agama maka ianya tergolong seperti di dalam hadis golongan yang akan dilindungi di bawah naungan Allah swt di Hari Akhirat. Dua lelaki yang berkasih kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah. Ini jika ianya ada pautan agama maka ianya masuk di dalam ketegori ketiga.

Kategori Ketiga:

Kasih yang ada pautan atas dasar agama. Hubungan seorang dengan yang lain kerana agama. Ini sebagaimana yang berlaku dikalangan sahabat Nabi r.hum. Kerana hubungan agama mereka sanggup berperang memerangi saudara mereka sendiri. Hubungan kasih inilah yang paling rapat. Lebih rapat dari hubungan ketegori yang pertama dan ketegori yang kedua.

*Kategori yang pertama dan yang kedua juga akan berkekalan jika disertai dengan pautan agama.

Masaalah:

Kes ini berada di dalam ketegori 'kasih' yang kedua. Berdasarkan cerita, teman lelaki spt ini bukan seorang yang baik untuk dibuat teman hidup ( sebagai suami mithali ) Lagi pun nmpknya spt ingin berkahwin semata2 kerana nafsu, ianya tidak akan membahagiakan kedua2 belah pihak. Kehidupan berkeluarga akan menjadi masalah nanti selepas berkahwin. Yang suka sama suka pun akhirnya berlaku perceraian apa lagi seperti ini.

Adapun rancangan utk berkahwin di Thailand itu ada matlamat yg baik (iaitu utk elakkan maksiat), pandangan capt ialah, kenapa sanggup buat begitu kpd ibubapa? Smpainya hati mmbelakangkan org tua. aLmbat laun masalah besar akan timbul di antara keluarga mereka slps menikah nnti. Hidup bukan bertambah bahagia, malah makin tidak tenteram..jadi tak perlulah mencari masalah lagi.

NASIHAT DARI CAPT.

1. Tinggalkan hubungan dengan teman lelaki itu. Mungkin ianya agak perit namun cara hubungan begitu adalah dilarang oleh agama. Selain ciri-ciri buruk yang ada pada beliau. Tinggalkanlah beliau.....KERANA ALLAH!

2. Jika nak kekal dgn teman lelaki. Suruh teman lelaki muhasabah diri. Perbetul Iman, Jangan buat lagi cium yang akan terjebak kepada zina bila masing-masing berahi dan terlanjur nanti.

Mulakan kehidupan beragama dengan permulaannya perlu bertaubat kepada Allah swt atas kesilapan sndiri.
Firman Allah, "Melainkan mereka-mereka yang bertaubat dan beriman serta melakukan amalan kesalihan, melainkan Allah akan tukarkan keburukan mereka kepada kebaikan. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Al-Furqan : 70)
Ini adalah kerana jodoh itu di tangan Allah dan Allah pula adalah Tuhan yang maha adil. Allah swt akan bertindak di atas keadilannya. Kalau dia berakhlak buruk maka dia juga akan mendapat suami yang berakhlak buruk. 

Janji Allah di dalam Al-Quran :
"Lelaki penzina tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan penzina atau perempuan musyrik. Dan penzina perempuan tidak akan berkahwin melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik. Dan yang demikian itu diHARAMkan bagi orang-orang mukmin". (An-Nur : 4)
Selepas itu perlu azam sgguh2 utk berbanyakkan berdoa dan bersolat hajat agar ditemukan dengan lelaki yang soleh lagi taqwa. Tidak ada yang mustahil jika dia ada kesungguhan utk mnjadi wanita solehah, beriman & brtaqwa..

Wallahu’alam

MAKLUM BALAS DARI GADIS RISAU.

Terima kasih en capt..kerana banyak menasihati dan beri cadangan ttg masalah ini. InsyaAllah, sy dan pasangan akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat seperti sebelum ini. Utk pengetahuan en, kami dh buat keputusan tahun depan nikah di malaysia secara baik yakni menikah seperti org laen ada restu keluarga. Terima kasih ya encik. 
...........................................

Ucapan terima kasih juga kepada Ustazah/cikgu A..n yang banyak memberi pendapat dan ulasan sebagai seorang wanita Islam yang membantu gadis ini mengatasi masalahnya. Semuga dilindungi dan dirahmatiNya. 

Jazakallah khairan.
credit to:resipirahsiaku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...