Followers

Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung


JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja dah berat, ini pula kalau menikahi 'satu kampung'...!!!

5 Maksiat Yang Disegerakan Balasannya


Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; 

"Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt. semoga kamu tidak menemui masa itu". 

Perkara -perkara itu ialah:

Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ". H.R Ibnu Majah

Keterangan Hadis di atas rnenerangkan bahawa:

Penyakit Taun dan AIDS adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Wallahualam.

Cukur Bulu Kemaluan


Jika tak percaya, ramai diantara kita yang tak pernah cukur bulu ari-ari sampai bertahun-tahun lamanya sehingga ada satu cerita kelakar yang pernah kita dengar.

Ceritanya begini: 

Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun memanjat pokok rambutan ditepi jalan. Lalu Pak Haji dan terpandang budak diatas pokok rambutan yang tidak memakai seluar dalam. Dipanggil budak itu turun dan diberikan RM5. 

"Nah ambil duit ini,balik rumah tak payah panjat lagi!"

Apabila sampai dirumah, ditunjukkan kepada ibunya duit yang telah diberi oleh Pak Haji itu kerana memanjat pokok rambutan. Jadi si ibu terfikir, jika anak boleh dapat RM5 mungkin dia akan dapat RM10. Keesokkan hari si Ibunya pula panjat pokok rambutan sambil memetik buah rambutan dan menunggu Pak Haji yang kebiasaan akan lalu kearah situ.

Maka lalulah Pak Haji dan terpandang si ibu memanjat pokok dengan berbaju t-shirt dan kain batik lalu dipanggil si ibu turun.

"Nah Jah, ambil 50sen ni!"...tercenggang si ibu dan bertanya kepada Pak Haji kenapa dia hanya dapat 50sen sahaja sedangkan anaknya dapat RM5. "Ambil duit ini beli pisau cukur!"... Pak Haji suruh beli pisau cukur kerana si ibu tak pernah cukur pun...?%$. 

"Moral of the story"...kita tak pernah kisah untuk bercukur. Ada kakcik dan Makcik yang selalu mengaji kat ustaz. Bab lain-lain tekun mengaji. Tapi bab cukur tak pernah ambil kisah. Berbalik kepada tajuk. 

Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah  ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:

"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .

Bermaknanya  paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,

Pertanyaan Nabi:

"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?" 

Jawab Iblis:

"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata: “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Wallahualam .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...