Followers

WORDS OF WISDOM FROM JACK MA

Sumber:google


"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu. 

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap. 

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang. 

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud. 

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun. 

Bila smartphone guna 4G (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp (mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.



Sumber:google

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, "Apakah Rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata *"Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."*

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna *MASA* yang Ada. 

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA. 

Kalau kamu luangkan masa utk *belajar*, kamu mungkin beroleh *kebijaksanaan*. 

Kalau kamu luangkan masa utk *membaca buku* untuk majukan diri, kamu akan beroleh *Peningkatan Diri*. 

Kalau kamu habiskan masa utk *minum*, kamu mungkin menjadi seorang *pemabuk*.

Kalau kamu habiskan masa *mengomplen*, kamu akan menjadi seorang yang *suka menyalahkan*. 

Kalau kamu luangkan masa untuk *mencantikkan diri* kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang *cantik*/lelaki yg *handsome*. 

Kalau kamu luangkan masa untuk *kekal sihat*, kamu akan nikmati *kehidupan sihat yang baik*. 

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang *suka marah-marah*, kamu mungkin menjadi orang yang *tidak disukai orang*.

*Beza* antara *Orang yang Berjaya* dan *Tidak* ialah *Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA*.

MENGELAKKAN PERSETUBUHAN KERANA KELETIHAN BEKERJA


 Ada isteri yang lena sakan kerana keletihan bekerja dan membiarkan suaminya memperlakukan ....


Pada zaman ini suami isteri yang bekerja adalah jalan yang terbaik bagi mengukuhkan ekonomi rumahtangga. Dibandar besar yang serba serbinya mahal. Pendapatan suami sahaja tidak mencukupi untuk menampung "overhead" bulanan seperti membayar rumah, api letrik, ansuran kereta dan lain-lain lagi bayaran yang kena bayar. Jadi bagi meringankan, isteri pun turut bekerja juga untuk menambahkan pendapatan keluarga yang masih belum cukup. 

Si suami boleh memberi kebenaran kepada isterinya berkerja dengan kerja-kerja yang sesuai dengan sifat fitrah semulajadi seorang wanita. Kerja itu pula tidak melibatkan percampuran bebas antara kaum lelaki dan perempuan dan dalam batas-batas menutup aurat. 

Memanglah seorang isteri akan mengalami kepenatan apabila berkerja disiang hari dan kepenatan ini kadang-kadang sudah cukup baginya untuk tidak dapat melayan kehendak suaminya. Si suami kenalah faham dan bertimbang rasa kepada si isteri yang balik bekerja kerana seluruh fisikal wanita tidaklah sama seperti kaum lelaki. Bila isteri keletihan dan terbaring longlai usahlah diganggu. Ingat sama isteri tu dalam keletihan dan mungkin "mood" dan anginnya belum reda dari keletihan selepas balik dari bekerja.

Bagaimanapun seorang isterinya yang diajak oleh suaminya untuk melakukan persetubuhan tidak boleh menolak ajakan ini. Jika ia menolak bererti ia telah menderhaka kepada suaminya atau nusyuz kecuali jika ia sendiri uzur syar’i. Ada suami yang gagal kawal nafsu syahwat akan setubuh isterinya yang sedang tidur. Si isteri pula tahu perbuatan suaminya  tetapi oleh kerana terlalu amat letih dibiarkan sahaja. Persetubuhan begini sangat bahaya takut-takut bukan suaminya, rupanya seorang lelaki yang tidak dikenali yang menyelinap masuk kedalam rumah. 

Berdasarkan hadis riwayat At-Tabrani isteri yang nusyuz tidak akan diterima solatnya oleh Allah SWT. Dalam hadis riwayat Abu Dawud pula menjelaskan isteri yang nusyuz akan dilaknat oleh para malaikat. Al-Imam Az-Zahabi menjelaskan sebuah hadis dalam kitabnya Al-Kabair apabila seorang suami mengajak isterinya supaya melakukan persetubuhan tetapi ia enggan berbuat demikian, ia akan dilaknat oleh malaikat sampai ke pagi. 

Beliau juga mengemukakan sebuah hadis yang menjelaskan apabila seorang suami mengajak isterinya melakukan persetubuhan, hendaklah segera dipenuhi ajakan suaminya walaupun ia sedang memasak di dapur, malah jika suami mahukan isteri bersetubuh di atas belakang unta sekalipun isteri hendaklah taat. Jika tidak taat sudah pasti suami akan kecewa. Kekecewaan ini kadang-kadang membuatkan suami merasa tawar hati kepada isteri dan akhirnya mewujudkan hubungan yang renggang dalam keluarga. Si suami dalam hal ini kena lebih memahami situasi isteri. 

Walau bagaimanapun ulama berpendapat adalah sesuatu kurang tepat dan kurang wajar jika sesuatu persetubuah itu dilakukan dalam keadaan salah satu pasangan itu kepenatan berkerja dan lain-lain. Tunggulah sehingga kepenatan ini hilang dahulu. Barulah lakukan persetubuhan yang akan menambahkan kenikmatan sama-sama apabila kedua-duanya sudah kembali segar semula.

Perlu diingat hidup ini memang sementara dan biarlah ia berpanjangan sehingga kekal bahagia. Seks hanya sebahagian dari kehidupan. Yang penting hak isteri dan anak-anak hendaklah dijaga supaya sama-sama dirahmatiNya.

Wasallam.


Siapakah Anda?



1) Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

2) Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

3) Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4) Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk- numpukkan harta.

5) Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

6) Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7) Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8) Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

9
) Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

Adakah Anda Bernafsu?


Seperti mana yang kita sedia maklum setiap insan bergelar manusia mempunyai nafsu. Sekiranya dapat mengawal nafsu oleh hati kita maka dapatlah menjaga diri kita dari perkara-perkara yang merosakkan iman. Sebaliknya Jika nafsu menguasai hati kita, akan mendorong diri kita melakukan kemungkaran. Nafsu yang tidak dapat dikawal oleh hati senang dipengaruhi oleh bisikan iblis dan syaitan, akan menyebabkan kita sanggup melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah SWT.

Banyak kes rogol, rasuah,pecah amanah dan banyak kes-kes yang lain berlaku adalah disebabkan oleh nafsu. Ia tidak mengira darjat seseorang itu jika nafsu mengawal hati mereka walaupun orang itu alim sekalipun. Kita pernah terbaca dalam akhbar kisah seorang guru agama mengajar Al-Quran merogol anak muridnya. Kisah bendahari masjid pecah amanah. Kisah haruan makan anak. Yang terbaru ini melibatkan individu yang kita tidak pernah terfikir kisah seorang majistrat yang ditahan kerana menerima rasuah dari pesalah.

Jika kita renung kembali kejadian yang berlaku pada masyarakat kita sekarang. Ini adalah berpunca dari nafsu. Kita pernah juga dengar unggapan ini “nafsu kuat tenaga kurang” bagi sesetengah mereka yang nak beristeri lebih. Bagi yang ingin menjaga kesihatan nak kuruskan badan, tetapi tak terdaya dengan nafsu yang tak dapat menahan dengan makanan yang terhidang didepan mata. Tetapi apabila seseorang itu sakit, nafsu akan menjadi kurang menyebabkan ia hilang selera untuk makan walaupun dihidang dengan pelbagai makanan yang enak dan lazat. Nafsulah menyebabkan kita menjadi boros dalam mengurus keperluan hidup.

Untuk menjinakkan nafsu kita, hanya “Hati yang bersih” sahaja yang dapat menjaga dan mengawal nafsu kita dari melakukan kemungkaran.

Diantara firman Allah SWT dalam Al-Quran:

“Ketahuilah! Dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia” (Surah Ar-Rad 13:ayat 28)

Doa yang elok dibaca selepas solat:

Doa minta hati benar, jujur dan tetapkan iman.

Robbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da idz hadaitanaa wahab lanaa minladunka rohmatan innaka antal-wahhaab

Ertinya:

“Ya Tuhan kami! Janganlah menyesatkan hati kami,sesudah Engkau memberi petunjuk, dan berilah kami rahmat dari hadapanMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”.

Disini saya senaraikan 7 jenis nafsu sebagai ilmu kepada kita semua. Nafsu terbahagi kepada 7 iaitu :

1. Nasfu Ammarah.
a. Adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
b. Mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
c. Mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan. Nafsu ammarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran. Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu Ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah SWT jauhkan kita dari nafsu ammarah.

2. Nafsu Lawamah.
a. Adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
b. Golongan ini beramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
c. Nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
d. Mereka adalah golongan ahli neraka.



Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah SWT. Orang sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya: Semalam bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran orang lain. Ia juga tidak mudah hanyut dalam kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu Lawamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu Lawamah ini lebih baik dari nafsu amarah

3. Nafsu Marhamah.
a. Adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
b. Walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
c. Mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah.
a. Adalah nafsu yang lemah lembut.
b. Mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
c. Mereka adalah wali kecil.
d. Golongan ini adalah dijamin syurga.

Orang yang memiliki nafsu mutmainah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah SWT. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan ujian Allah SWT. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah SWT golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.

5. Nafsu Raudiah.
a. Adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah SWT.
b. Mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah SWT semata-mata.
c. Mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah.
a. Adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul.

7. Nafsu Mardiah.
a. Adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah SWT.

Bab yang akan datang yang paling kita takuti dalam diri kita yang menyebabkan kita mati dalam kekufuran. Sila tunggu ......"tergelincir hati" akan datang.

Wasallam..

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil.

 
MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia.

Kelapa yang terbaik datangnya dari kawasan Bagan Datoh, Perak. Jika anda ke Pasar Borong, Selayang kebanyakan kelapa yang dihantar adalah dari Bagan Datoh. Kualiti dan lemaknya sangat baik sehingga kebanyakkan minyak kelapa dara yang dihasikan datang dari Bagan Datoh dengan kerjasama dan khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian, Hilir Perak. Cuma packing yang cantik dibuat di Kuala Lumpur oleh syarikat pengedar. 

Petani disini menghasilkan minyak kelapa sejak 5 tahun yang lepas dan penulis sudah menggunakan sejak hari itu. Kenapa dipanggil Kelapa Dara. Untuk menghasilkan minyak kelapa dara, prosesnya bukan sukar. Kelapa yang dimesin tidak dimasak. Hanya direndam didalam ayer dalam bekas beberapa hari sehingga timbul minyak dipermukaan ayer dan dari situ minyak diasingkan dan ditapis dari bendasing. Maka jadilah Minyak Kelapa Dara.  Teruskan membaca sumber yang diambil dari satu syarikat pengedar tentang kajian dan khasiatnya.

Pohon kelapa telah dijadikan Allah s.w.t begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian. 

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula. 

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran. 

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit. 

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:

meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
meningkat kadar metabolisma badan
anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
anti oxida semulajadi
meningkat fungsi kelenjar tairoid
melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
berupaya menurunkan berat badan
meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
membekal sumber tenaga dengan cepat
melembab dan melembutkan kulit
mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
mengurangkan kesan keracunan makanan
membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
mengurangkan risiko dan kesan demam
mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air 


Untuk mereka yang berminat untuk mencuba, terdapat pelbagai produk daripada syarikat Bio-Asli yang benar-benar bermutu sama ada untuk kesihatan rohani,jasmani dan juga batin untuk para suami dan isteri yang mempunyai masalah-masalah kesihatan tetapi takut untuk bercerita pada doktor atau orang lain.
 
Jika anda semua berminat bolehlah lawati laman web Bio-Asli ini untuk mendaftar sebagai ahli. Ia bertujuan untuk membolehkan anda membuat belian dengan harga ahli. Serta ia juga membolehkan anda mendapat keuntungan bagi mereka yang ingin benar-benar serius dalam mempromosikan produk khazanah alam yang benar-benar berkesan ini.
Saya akan cuba untuk updatekan produk-produk Bio-Asli di dalam blog ini untuk memudahkan anda semua memahami serta mengetahui tentang keberkesanan produk-produk Bio-Asli ini. Selamat mencuba....


Porn..Pornograph..XXX..Situasi Yang Amat Membimbangkan Kita

Perhatian: Artikel ini banyak menggunakan perkataan yang mungkin dianggap sensitif,vulgar atau lewd oleh sesetengah pihak.But,come on.Pleaselah.Isu serious beb.Apa-apapun,Penulis meminta maaf atas sebarang ketergurisan hati yang mungkin berlaku akibat pembacaan penulisan ini.

 (klik imej untuk melihat dengan lebih jelas)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Setiap dari kita,ada rahsia.Mungkin rahsia-rahsia itu berbeza antara satu sama lain.Tetapi,kita semua punya persamaan.Tirai-tirai rahsia kita itu bakal terbongkar juga akhirnya di Hari Pembalasan kelak.

Saya tidak mahu menulis panjang kali ini.

Sekadar mahu menarik perhatian anda berkenaan satu isu yang serius.

Isu yang serius ini bukan sahaja melanda umat dunia (secara umumnya),tetapi juga umat Islam!

Apakah isu serius yang dimaksudkan ini?

Ketagihan Pornografi!

Memalukan untuk dibincangkan (ye ke?),tetapi realitinya,ramai yang telah (dan mungkin sedang) terlibat.

Ironi bukanlah perkataan yang dicari,walaupun ianya boleh digunakan untuk merujuk situasi ini.


Itu keadaan di Negara-Negara Islam (Majoriti Penduduk terdiri daripada Umat Islam).

Malaysia kita yang tercinta yang rakyatnya sopan santun dan berperibadi mulia,bagaimana pula?

Nah.

(Klik gambar untuk besarkan Imej)

Mari saya terangkan gambar di atas secara terperinci (Anda boleh lihat Graf asal tanpa sebarang edit di link ini).

Cuba lihat dekat Graf.

Graf memaparkan perbezaan hasil carian 'Islam' dan 'Porn' untuk rakyat Malaysia sepanjang 2010.

'Porn' berwarna biru,manakala 'Islam' berwarna merah.

Kenapa saya gunakan dua kata kunci ini sahaja?

Sebab saya nak tau berapa ramai orang Malaysia yang majoritinya (sepatutnya) orang Islam berminat dengan dua perkataan ini.

Pada mulanya ingin bersangka baik,dengan menganggarkan sedikit sahaja yang search 'Porn'.

Nampaknya saya salah.Saya terlalu 'naive' (haha,poyo).

Sepanjang 2010,secara keseluruhan,kata carian Islam tidak pernah memotong kata carian Porn.

Lihat bulatan nombor 1 di dalam gambar (ada saya tandakan '1' di tepi bulatan oren).

Paling banyak search perkataan Porn adalah Pahang.NOOOO.Buat malu sungguh.

Dan orang Pahang lagi gemar 'Porn' dari 'Islam'.

Negeri lain pun lebey kurang.Mereka juga lebih gemar 'Porn' dari 'Islam'.

Dan lihat Bulatan nombor 2 (ada saya tanda '2' tepi bulatan).

Boleh disimpulkan orang yang berselera terhadap 'Porn' ini kebanyakannya dari bandar besar.Ada sesuatu kena difikir secara berat di sini.

Mungkin ada yang berkata,eh cuba tengok Batu Pahat,diorang nye minat kat 'Porn' dan 'Islam' sama banyak la (masih lagi berbicara mengenai bulatan '2').

Adakah ini sesuatu yang perlu dibangga? - Tanya saya.

Pada saya,ini hanya menunjukkan betapa kita sudah berjaya melahirkan Generasi Dr. Jekyll and Mr. Hyde (luar nampak baik,tapi dalam kesangapan).

Tengok juga bulatan '3' (ada saya tanda '3' tepi bulatan).

Pengguna yang guna Bahasa Melayulah paling banyak search Porn.

Fikir logik keadaan di Malaysia,siapa lagi yang guna Google versi bahasa Melayu jika tidak orang Melayu?

Bila disebut orang Melayu,majoritinya agama apa?

Jadi,no wonderlah ramai search 'Islam'.Takde apa menarik di situ.

Tapi,yang menariknya,adalah kerana pihak yang guna Google versi Bahasa Melayu inilah yang paling ramai search the 'Porn' keyword.

What a world.

Saya tidak mahu cakap banyak.Anda fikirkanlah sendiri.

Kongsikan penulisan ini dengan semua orang.

Isu Ketagihan Pornografi bukan masalah yang biasa-biasa-aje.Ia masalah serius.Ramai orang terlibat.Mereka memerlukan bantuan (boleh baca di sini Cara Atasi Ketagihan Porn).

Cukup-cukuplah kita menipu diri sendiri.Kepada Ibu Bapa,pantaulah anak-anak anda (dan mungkin juga diri anda sendiri).

Jangan malu,dapatkanlah bantuan (link).


Dan ada satu lagi perkara.

Ini baru 'keyword skema' seperti 'Porn'.Bagaimana dengan 'keyword' yang lain? Astaghfirullah.Bertaubatlah kita.

Ketahuilah,Allah Maha Penerima Taubat.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -

"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"
[Az-Zumar : 53-58]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Bukan cuba berlagak hero.

P/P/S : Apa guna berbangga dibina 'Rimba Batu',jika tiada sudah murni di dalam sanubarimu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...