Tajuk ini diambil dari satu blog dan ditokok tambah serta dihuraikan untuk kebaikan pembaca. Mungkin penulis melihat dan perlu ditambah dengan scenario masa kini yang sering terjadi kerana banyak pasangan berpisah disebabkan kurang persafahaman selepas bertahun-tahun kahwin lamanya atau bertahun lamanya berkawan yang akhirnya berpisah jua. Anda mungkin kenal pasangan anda secara fisikal dan bukan hatinya. Jadi berhati-hati apabila pasangan anda yang kelihatan tenang tetapi belum tentu lagi bersetuju dengan sikap anda.
Walaupun anda sudah berkahwin dan tidur sebantal dengannya. Ada beberapa perkara yang lelaki paling tidak suka. Jika pasangan anda kurenggg sedikit, egonya boleh dikawal tetapi jangan sampai menimbul kebencian dalam hati kecilnya yang mula membakar sanubarinya. Lama-kelamaan ia menjadi barah yang susah diubati kerana tersilap tindakan dan percakapan anda.
Bukan senang nak bina hubungan yang bahagia. Banyak yanng anda mesti buat, termasuk dalam soal ini iaitu soal apa yang harus dan tidak harus diciritakan pada pasangan anda. Perkara ini juga akan menyusahkan diri anda juga:
1.Jangan ceritakan tentang lelaki lain yang dalam diam-diam mencintai anda. Yang lepas kira tutup buku sahajalah. Buka buku baru. Biar pasangan anda tahu sendiri dan anda hanya perlu diam demi kebaikan perhubungan ini.
2.Membenci ibunya memang lelaki/suami paling pantang. Cuba ambil hatinya kerana bakal mak mertua anda tetap menjadi sebahagian kehidupan anda. Suka atau benci ibu mertua anda kena terima kehadirannya.
3. Cerita tentang kecurangan yang anda buat belakangnya. Elok disimpan sampai mati dan bertaubat kerana berlaku sebelum menjadi isteri atau temannya. Jika berlaku selepas menjadi isterinya elok berterus terang akan kesilapan anda. Jika bernasib baik anda tidak diceraikan. Dosa besar jika curang kepada suami. Walaupun suami tidak tahu tetapi Allah yang tahu perbuatan anda.
4. Jangan juga ceritakan tentang keburukan tentang kawan baik lelaki/suami. Kawan tu penting bagi mereka. Bagi anda, kawan pasangan anda sekiranya tidak mencampuri urusan rumahtangga atau kerjayanya adalah lebihbaik anda jangan ambil pusing.
5.Jangan membanding-bandingkan dia dahulu dan sekarang, lagi-lagi tentang kegagahannya, buruk padahnya. Pada masa yang lepas Si dia mungkin gagah dalam serba serbi. Kena ingat manusia akan berubah mengikut masa. Jika dahulu rambut kemas dan tidak berkedut sana sini. Bila dah lama semua itu akan hilang dimamah usia.
6. Jangan buat dia patah semangat terhadap pekerjaan yg dia lakukan. sebaliknya cubalah bantu. Jika tidak berkenan dihati anda. Berdoa supaya pasangan anda berjaya. Anda tumpang gembira atas rezki yang akan diterima nanti jika pasangan anda berjaya.
7. Bercerai. Memang satu perkataan yang lelaki tidak boleh dengar. eloklah dhindarkan. Silap-silap makan tangan atau kes-kes yang sering kita takuti yang pernah berlaku iaitu si isteri disimbah dengan asid. Ada yang kena pelakong sampai masuk hospital. Berpisah biarlah secara berhikmah. Ikutlah peraturan yang ditetapkan dalam Islam.
8. Kalau anda pendapatan melebihinya, jangan lah nak diperbesarkan, hal tersebut akan menyinggung perasaan dia terutama jika anda berkelulusan tinggi, pasangan anda hanya lulus SPM. Memang cukup sensitif bila anda bercakap dihadapan kawan-kawan atau saudara mara anda.
9.Bila berjumpa dengan teman lelaki lama, tak perlulah terlalu ghairah dan tak perlu ceritakan perasaan itu kepadanya. Yang ini yang paling lelaki tidak suka. Terutama sekali jika bekas teman lelaki anda seorang yang telah berjaya dalam hidupnya dan memiliki segala-segalanya dan pasangan anda masih ditakuk yang lama iaitu cukup-cukup makan sahaja.
Wasallam.
0 Orang Tengah Conteng-conteng:
Post a Comment