Followers

Elakkan Bersantai Di Taman Rekreasi


Buat masa ini dinasihatkan kepada pembaca supaya elakkan diri dari bersantai dengan keluarga di taman rekrasi terutama yang mempunyai air terjun, sungai atau tasik kerana risiko boleh terkena jangkitan bakteria kencing tikus. Yang menghairankan jangkitan ini baru diketahui oleh penulis sejak kematian Allahyarham Din Beramboi dan enam anggota penyelamat di Pahang baru-baru ini. Makin moden dunia perubatan makin banyak pula penyakit yang diketahui kita. Sebenarnya ia bukan penyakit baru. Sang Tikus telah wujud lama dari dulu lagi. Mungkin ini satu daripada bala yang Allah SWT turunkan kepada kita kerana banyak sangat maksiat berlaku di Taman Rekrasi. Tengoklah banyak kondom terpakai yang dibuang bersepah kat trek di Hutan Lipur di seluruh Negara.

Semasa penulis tinggal di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur pada tahun 1998. MasyaAllah punyalah banyak tikus. Dari ibu tikus sampai cucu cicitnya. Bermacam ikhtiar dibuat tapi tak mahu kurang jumlahnya. Makin dimarah makin menjadi sang tikus merosakkan perkakas rumah dan kain baju. Akhir sekali penulis menyeru kepada sang tikus. Minta cara baik supaya jangan dikacau perkakas rumah dan kain baju dan selepas itu makin kurang dan terus hilang entah kemana. Dengar juga sang tikus ini! Jadi jika di rumah anda banyak tikus jangan dimarah. Berdoa sahaja pada penciptaNya kerana sang tikus juga makhluk Allah SWT. Tikus itu cuma makhluk Allah SWT yang menjadi asbab kepada penyakit kencing tikus. Semua yang terjadi sebaliknya adalah dengan izin Allah.

Apa itu penyakit kencing tikus.

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

Tanda dan Gejala

Gejala:

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit (50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal

1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

boleh membawa maut sekiranya kritikal!!

Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Penulis cadangkan mulai hari ini, mai pakat bela kucing kampung. Bukan kucing parsi yang malas..Nak berkesan lagi bela ular sebab binatang ni paling suka makan tikus. (ada berani? huhu)

0 Orang Tengah Conteng-conteng:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...