Followers

Lihat Gadis Bogel Punca Mati Pucuk (18SX)


Internet yang pada masa kini dipenuhi oleh banyak gambar-gambar lucah  sebenarnya merbahaya kepada kejantanan lelaki dalam jangka masa panjang. Mungkin inilah antara rahsia mengapa Islam memerintahkan wanita agar menutup aurat dan mengharamkan lelaki melihat aurat wanita melainkan aurat isterinya. Wanita yang berpakaian terlalu berani dan terlalu seksi hingga membangkitkan nafsu berahi akan menyebabkan lelaki menjadi mati pucuk atau lemah zakarnya, malah boleh mengalami kanser prostat.

Seorang pengkaji berpengalaman berasal dari Rusia bernama Leonid Kitaev-Smyk di Russian Research Institute of Culturology of the Russian Academy of Sciences menyatakan bahawa sejak bermulanya revolusi seksual di Barat, ramai wanita berpakaian mendedahkan aurat sedangkan di Timur wanita masih berpakaian sopan menutup aurat atau berjubah. Ramailah lelaki yang bangkit berahinya bila melihat wanita berpakaian mini atau berpakaian nipis yang menampakkan kulit tubuh dengan jelas.

Pada masa kini, pakaian yang dikenakan oleh sebahagian wanita secara langsung atau tidak langsung berperanan meningkatkan nafsu berahi lelaki yang melihatnya. Bahayanya terletak pada keadaan bila mana lelaki melihat wanita yang mendedahkan aurat ini, lalu bangkit berahinya, dan nafsu yang memuncak itu tidak dapat dipuaskan (dengan jimak). Kitaev-Smyk membuat kesimpulan bahawa ini adalah penyebab lelaki mengalami mati pucuk dan kanser prostat.

“Pada waktu ini 70% dari gejala mati pucuk terjadi akibat nafsu seks tidak dapat dipuaskan” kata Kitaev-Smyk. Beliau selanjutnya membuat kesimpulan bahawa wanita telah menguburkan kesihatan lelaki dengan menelanjangkan kaki dan berpakaian mini. Seseorang wanita berpakaian amat seksi kononnya bertujuan membahagiakan pasangan lelakinya telah menyebabkan lelaki lain menderita mati pucuk akibat penampilan yang mencairkan.

Perlu diingat bahawa mati pucuk bukan hanya bersebab dari melihat wanita berpakaian mini. Pakar-pakar juga menyebut bahawa sejumlah kegiatan lain juga menyebabkan zakar jadi lemah dan mati pucuk, termasuklah melihat laman-laman porno, menonton video porno, melihat tarian bogel, dan lain-lain kegemaran yang membangkitkan nafsu berahi tetapi tidak ada tempat yang sah (iaitu menjimak isteri) untuk menyalurkannya.

Berbagai kajian dan penelitian telah menunjukkan betapa banyaknya faedah yang diperolehi dari aktiviti jimak (suami isteri) yang dilakukan secara sihat, kerap dan sempurna. Faedah ini bukan hanya dirasakan oleh lelaki malah wanita juga.Ada khabar gembira yang telah disampaikan oleh pakar-pakar Finland. Mereka telah melakukan kajian dan penemuannya telah dimuatkan dalam The American Journal of Medicine (July 2008). Mereka menyatakan bahawa jimak secara kerap akan memberi manfaat tambahan iaitu mengurangkan risiko mengalami masalah lemah zakar atau mati pucuk.

Dr. Juha Koskimaki, pakar dari Tampere University Hospital’s Departement of Urology telah membuat kesimpulan itu setelah melakukan kajian ke atas 1,000 lelaki Finland yang berusia 55 hingga 75 tahun. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang melakukan jimak kurang 2 kali seminggu menghadapi risiko mati pucuk dua kali ganda lebih besar berbanding lelaki yang jimak secara kerap seminggu sekali.

Antara lelaki yang melakukan jimak kurang dari 1 kali seminggu, terdapat 79 kes mati pucuk dari 1,000 lelaki. Hanya 32 kes mati pucuk dalam 1,000 lelaki yang melakukan seks rutin 1 kali seminggu, dan kadar mati pucuk menurun ke 16 kes dalam 1,000 bagi lelaki yang melakukan jimak 3 kali atau lebih dalam masa seminggu.

Hasil kajian juga mencatat bahawa kekerapan ketegangan zakar waktu pagi tidak ada hubungan dengan kes lemah zakar (kes yang belum parah). Walaupun begitu, mati pucuk (kes yang parah) boleh diramal dari kekerapan seseorang lelaki mengalami ketegangan zakar di waktu pagi. Bagi lelaki yang mengalami ketegangan zakar pagi hari kurang 1 kali seminggu, risiko untuk mengalami mati pucuk ialah 2.5 kali ganda lebih besar berbanding lelaki yang mengalami 2 atau 3 kali ereksi pagi dalam seminggu.

Koskimaki berkata “Jimak yang kerap berperanan penting dalam memudahkan fungsi ketegangan zakar pada lelaki yang berusia lanjut, ketegangan zakar waktu pagi juga mempunyai pengaruh yang sama. Aktiviti jimak yang berterusan boleh menurunkan kadar kes mati pucuk dan ia ada kaitan secara langsung dengan kerapnya melakukan jimak”.

Dr. Hossein Sadeghi-Nejad seorang profesor madya Urologi dari UMDNJ New Jersey Medical School Hackensack University Medical Center pula menyatakan bahawa penelitian ini mempunyai asas ilmiah dan selari dengan konsep pembedahan vaskular. Katanya “Ini adalah serupa seperti apa yang terjadi pada bahagian tubuh lain bila kita merujuk pada satu konsep dalam pembedahan vaskular yang menyebut ‘use it or lose it’.

Menurut Sadeghi-Nejad aktiviti jimak akan membantu pemeliharaan fungsi ketegangan zakar secara normal. Beliau juga ada menyatakan bahawa jika oksigen dalam zakar dapat ditingkatkan maka zakar akan kembali menegang secara normal. Sadeghi-Nejad juga menekankan bahawa kajian ini hanya ditumpukan kepada jimak melalui faraj (kaedah yang benar), bukannya menjimak dubur dan bukan pula melakukan onani atau masturbasi.

P/S Berhati-hati ya.. para pengemar filem dan juga gambar-gambar porno sekalian. Anda semua dalam bahaya..huhuhu..

0 Orang Tengah Conteng-conteng:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...