IBLIS DAN ALAMNYA (MUSUH KAMU YANG PALING NYATA)
Muka Surat 4
Katagori Bacaan: Pendedahan akan perihal sebenar kedudukan Jin tersebut.
Peringatan: Sila tetapkan dalam hati keyakinan kepada Allah 100% serta menolak segala apa yang anda telah percayai sebelum ini jika ianya telah dibuktikan sebagai menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Bacaan agak panjang, jadi sabarlah dalam menuntut Ilmu, teruskan membaca sehingga akhir rencana.
CIRI-CIRI ISTIMEWA SESAT GOLONGAN JIN:
Di dalam Muka Surat 2, telah dinyatakan latar belakang dan ciri-ciri makhluk Jin ini. Maka di muka surat ini akan dilanjutkan maklumat di dalam tajuk yang sama ini.
Diantara ciri-ciri yang teristimewa yang ada pada makhluk Jin ialah mempunyai satu jenis kuasa magik atau sakti atau luarbiasa yang mereka miliki sama seperti Karomah yang dikurniakan kepada WaliAllah atau Ma’wanah (Maunah) yang di kurniakan kepada para-para Anbia’, Solihin, Arifin dan Muttaqin orang Islam Umat Muhammad saw. Inilah ciri-ciri yang teristimewa yang telah dikurniakan Allah swt kepada golongan Jin yang juga telah banyak menyesatkan golongan Manusia kerananya.
Manusia menjadi taksub kerananya, tak tahu membezakan mana yang benar dan mana yang salah tetapi Manusia ingin benar memiliki Ilmu Sakti ini hingga sanggup datang beribu-ribu batu dari semua pelusuk benua dan negeri untuk menuntut Ilmu ini. Mereka terang-terang mahu sesat dan rela dipelakukan apa saja, asalkan niat mereka tercapai. Begitulah taksubnya umat manusia akan Ilmu Sakti ini yang hanya terdapat di Nusantara ini saja. Tidak terdapat dimana-mana lagi, disinilah yang terhebat kata mereka. Memang telah diperakui oleh semua sami-sami, tok-tok pawang dan semua ketua-ketua Biara dan Kuil diserata dunia akan keampuhan Ilmu Sakti Nusantara ini.
Bukan semua makhluk Jin ini mampu menguasi sakti itu, hanya yang berpangkat Raja saja yang mampu. Samalah juga dengan manusia. Kuasa sakti ini mereka gunakan untuk berbagai tujuan. Pertama untuk mengelirukan manusia Islam supaya meyakini bahawa mereka telah dianugrah Karomah. Pada manusia yang cetek pengatahuannya tetapi berpihak kepada mereka, maka akan mereka pamirkan kuasa itu, seolah-olah manusia itu telah memiliki darjat disisi Allah swt. Ini biasanya zahir kepada orang beragama contohnya Imam, Ustaz, Khadi atau Tok Guru yang boleh menzahirkan emas, duit, batu-batu permata, senjata, keris atau pun boleh mengubat penyakit yang kronik seperti barah buah dada, barah usus, barah darah atau 'kena buatan orang' dan lain-lain lagi. Biasanya Jin-jin Islam yang terlibat dengan kerja seumpama ini mahukan pahala ibadah manusia warak itu juga dapat pada mereka diakhirat nanti.
Kepada Mahaguru Persilatan, boleh memperturunkan Ilmu Kebal, Ilmu Terbang, Apungan diri di udara, Jalan Atas Air, Boleh Hilang-hilang, Boleh berada ditempat yang jauh dengan sekelip mata saja, Ilmu Tempur Senjata, jika ditanam tak akan mati, di tengelamkan dalam air tak lemas, meniti atas daun dan lain-lain. Ini melibatkan Jin-jin kafir biasanya kerana tipu muslihat ini untuk manusia bertambah sombong, megah diri, bongkak, ego dan seterusnya sesat mengikut mereka.
Kesaktian ini terbahagi kepada 3 ketogeri, iaitu Guru tahap rendah, Mahaguru tahap pertengahan dan Mahaguru tahap tinggi. Jika tahap rendah hanya mampu berbuat pekara yang juga tahap rendah saktinya contohnya seperti memiliki Ilmu kebal dan Ilmu tempur sahaja. Untuk peringkat pertengahan kesaktiannya selain memiliki Ilmu Kebal dan Ilmu Tempur, juga boleh Hilang, Ilmu Apongkan Diri. Manakala Mahaguru peringkat tertinggi biasanya tiada limit. Kesemua yang disebutkan diatas dapat mereka kuasi setelah pertapaan demi pertapaan berserta upucara persemadian, persembahan dan semahan darah dibuat.
Berbagai lagi peralatan dan upacara yang pelik mereka lakukan semata-mata untuk menjadikan mereka manusia sakti diberbagai lapangan dari satu tahap kesatu tahap hingga mereka juga bersatu dengan Iblis sepenuhnya. Anak-anak muridnya cukup banga dan megah dapat belajar dengan Mahaguru Persilatan yang mempunyai pelbagai kesaktian dan biasanya menjadi Idola mereka untuk menjadi sepertinya.
Ia juga akan hadir kepada Sami-sami dan Tok Cha atau Imam atau ketua kepercayaan Kebatinan, Hindu, Buddha, Majusi, Ajaran-ajaran Sesat Sembah Iblis dan lain-lain sehingga mereka juga sampai ketahap Wali Iblis atau Manusia Iblis tak mati hingga hari kiamat. Begitu saktinya mereka ini kerana mereka ‘bersatu’ dengan Iblis. Selain itu mereka juga dapat menguasi kesaktian yang dimiliki didalam Ilmu Persilatan seperti diatas. Ini juga mempunyai 3 tahap kesaktian. Dari apa yang diteliti dari penyelidikan ini, didapati tahap-tahap itu ialah peringkat kesaktian rendah yang duduk pada pengamal kepercayaan orang-orang Majusi, Buddha dan Hindu. Manakala diperingkat kesaktian pertengahan duduk pada pengamal Ajaran Sesat Sembah Iblis.
(Pawang Naga)
Diperingkat tertinggi sekali kesaktian sehingga digelar Manusia Iblis dan Wali Iblis ialah kepada pengamal Kepercayaan Kebatinan yang mana mereka mewarisi peninggalan Keilmuan dari pencipta agama ini dari Tok-tok Dukun dan Pawang Kuno Bangsa Melayu dahulu kala. Mereka inilah yang menyampai tahap tertinggi kebatinan dan bersatu dengan Iblis dan menjadi Manusia Iblis yang jitu. Kesaktiannya sama taraf dengan Karomah WaliAllah dan tidak mati sehingga hari kiamat. Bercita-cita untuk bersatu dengan Dajjal dan Izazil didalam perang akhir zaman untuk menghapuskan Islam. Mereka ini adalah pemuja dan kesayangan Dajjal dan Izazil. Mereka yang duduk ditahap ini hanya seorang saja dan diperkuat dengan pembantunya serta pemerintah kerajaan dan balatenteranya yang sungguh ramai.
(Grand Lodge Illuminati Freemason)
Kepada penyembah Iblis Pagan Kuno Yahudi, Kristian, Lucifer, Illuminity, Secret Societies, Gog Magog, Anti Christ, Zionis, The Hidden Hand (THH), Mession, The Wise Man, The All Seeing Eye, Hiszul, Freemasons, Jesuit, Val Valerian, Rothschild, Rockerfeller, Lucist Trust, Rosicrucians, Occultist, Gnosticsm, Kundallinions, Theosopist, The Elite, Caucasians dan apa juga nama yang berpihak kepada Izazil atau Azazel, semua mereka ini hanya duduk dibawah sebagai balaci kepada tentera -tentera Manusia Iblis tadi. Yang paling tertinggi dikalangan mereka ini hanya sebagai Pengurus Logistik bala tentera Manusia Iblis keturunan Melayu itu saja. Sedangkan yang lainnya hanya sebagai pencacai, kuli dan tak menyampai kepada apa-apa yang disebut diatas tadi, walaupun kelihatan sungguh berpengaruh, hebat, pandai, handal, berkuasa, digeruni, memerintah semasa tinggal didunia, tetapi disebabkan Izazil dan Dajjal telah memilih orang-orang hebatnya dikalangan Orang Melayu juga. Jadi betapa pun mereka mencuba ‘please’kan (minta) kepada Izazil, mereka tidak mampu mencapai ketinggian kerohanian Manusia Iblis Melayu itu, makanya mereka akan duduk dibawah sebagai Pengurus Logistik, pengangkat air minuman dan makanan juga sebagai penggilap kasut tentera-tentera Manusia Iblis Melayu itu saja di kala peperangan akhir zaman nanti.
(Efek Serangan WTC 9/11 yang mengorbankan ramai nyawa)
Sebabnya mereka itu tidak memiliki rohani dan kesaktian yang menyampai kehendak Izazil LaknatuAllah seperti yang dimiliki oleh sesorang berbangsa Melayu itu. Tidak cukup dengan jumlah manusia yang mereka bunuh, mereka korbankan sebagai upucara penyembahan saban tahun dan penciptaan bahan peledak Nuklear serta serangan ekonomi , serangan keganasan, serangan harga minyak, serangan kejatuhan mata wang, serangan tentera pencerobohan Iraq dan Afganistan, Serangan WTC New York, serangan pemgeboman demi pengeboman kepada manusia dimuka bumi ini termasuk segala konspirasi-konspirasi ganas mereka, masih juga TIDAK CUKUP! Siapakah Melayu yang telah dapat menandingi segala itu dimata Dajjal dan Izazil tersangat istemewa baginya dibanding semua keganasan-keganasan yang disebutkan tadi???
Akan kawan ceritakan siapakah Melayu-melayu yang dimaksudkan itu nanti. Mereka yang telah ditabal sebagai Manusia Agong Raja Iblis sebelah timur ini setaraf Dajjal disebelah Barat itu. Kamu hanya nampak Kuman nun jauh di Barat itu, Gajah didepan hidung kamu sendiri tidak kamu nampak??? Malahan beliau ini lebih licik, jahat dan zalim dibandingkan dengan Dajjal itu. Mereka ini sepasang yang lengkap, lelaki dan perempuan... Siapakah nama-nama Melayu itu?? Tunggu!
Apa patut kawan ceritakan sekarang, atau tarik masa lama-lama sikit? Apa pendapat tuan-tuan dan puan-puan sekalian??? Atau kita buka ini sebagai soalan kuiz kepada pembaca seklian?? Tolong bagi jawapan anda di dalam komen dibawah dan postkan, kita tengok siapa yang pandai???
Untuk memudahkan pembaca meneka siapakah gerangan empunya nama itu, kawan sertakan sedikit petunjuknya seperti dibawah ini :
Melayu Jawa, tahun 1478 untuk lelaki nya, 1483 untuk wanitanya, semasa kerajaan Majapahit untuk lelakinya, semasa Perang Belanda untuk wanitanya... Ini sejarah lama, cari dalam buku lama atau kedai vcd cerita Indonesia lama. Kawan dah cerita sikit dalam komen di blog MF dulu, kalau anda masih ingat, cari pelan-pelan. Mesti jumpa punya!
Kita lupakan sejenak soal kuiz tu, kita sambung semula ya.
JIN YANG MENYERUPAI MANUSIA:
Jin ini boleh juga menyerupai Manusia, tetapi tidak berjisim, berkulit, daging dan tulang. Ia boleh ujud menyerupai sesorang yang kita kenal seperti Ibu kita, Bapa kita, Atok nenek kita, Guru kita atau sesiapa saja yang dikenali bagi tujuan penipuan saja. Ia tidak boleh kekal begitu selamanya.
Sebagai contoh di dalam masyarakat Melayu yang bersahabat dengan Hantu Raya, Jembalang, Pontianak, Penanggal, Polong dan semua jenis ini boleh menyerupai tuannya pada bila-bila masa diwaktu siang atau malam. Jika tuannya keluar rumah, maka dia akan duduk ditempat duduk kegemaran tuannya (seperti ditangga, beranda dan lain-lain) sama seiras. Jika kita tegur dia, dia tak menjawab dan memalingkan mukanya kearah lain. Jika tuannya pergi agak lama seperti keluar negeri berniaga, ia akan mengganggu isteri tuannya dan tidur bersama seperti apa yang tuannya buat.
Inilah yang selalu mendatangkan masalah kepada isteri tuannya itu kerana sebagai isteri, dia akan tahu juga akhirnya perbezaan antara suaminya dan makhluk belaan suaminya. Bagaimana jika isterinya itu mengandung??? Kan timbul masalah besar. Tapi selalunya anak hasil hubungan dengan sahabat suaminya itu tidak akan lahir (hilang dalam kandungan) atau mati tak cukup bulan. Tak pernah pula kita dengar anak sebegini yang hidup kerana ia akan dibunuh oleh Jin itu juga.
Begitupun masalah yang keji ini telah diketahui umum, namun perbuatan membela dan bersahabat ini tetap juga berlaku hingga kehari ini. Ya, dizaman Millenium ini pun masih ada orang Melayu yang tetap dengan perangai kuno sebegini hanya semata-mata mengejar kekayaan. Mereka tidak peduli akan kehidupan akhirat, kesusahan anak isterinya dirumah, rumah tangganya dan tomahan jiran tetangga serta masyarakat sekeliling, asalkan kaya raya.
Pernah kawan bertemu dengan isterinya dan anak-anak mendengar sendiri rintihan mereka. Selain dari suka memakan bangkai ayam yang dibeli dipasar (ayam akan dibiarkan di atas petiais beberapa hari hingga berbau bangkai). Anak gadisnya berumur 14 tahun yang sulung juga pernah diperkosa oleh makhluk itu beberapa kali, isterinya pun sama tetapi bila mengadu dengan suaminya. Dia buat tak tahu saja seperti tiada apa yang berlaku. Bila didesak oleh Isterinya, sisuami mula marah dan memukul semua yang ada dirumah itu. Tetapi bila kawan sendiri yang menegur dia, seperti kebiasaannya ia mula mengamuk, memaki hamun kerasukan jin dengan tiba-tiba. Kami terpaksalah pula menangkapnya dan diserah ke balai polis untuk tindakan seterusnya. Pekara ini nampak seperti tak logik, tapi ia tetap juga berlaku. Inilah dunia akhir zaman. AstaghfiruAllahal’Azim.
Penjelmaan Jin menjadi manusia ini bukanlah pekara baru, ia telah ujud semasa zaman Rasuallah saw lagi. Menurut ahli-ahli tafsir yang telah memberi contoh ayat Al-Qur’an yang menjelaskan akan pekara ini, Firman Allah swt didalam surah Al-Anfal ayat 48, mafhumnya;
"Dan ingatlah ketika syaitan memperhiaskan usah mereka (menghasut rancangan jahat supaya dipandang elok dan diteruskan) lalu katanya: Kamu tidak akan kalah oleh orang-orang (kaum muslimin) pada hari ini, sesungguhnya aku akan menolong kamu. Tetapi tatkala petempuran (kedua-dua pihak muslim dan kafir hadap berhadapan) kedua golongan itu, syaitan itu mundur kebelakang lalu berkata: Aku keluar dari golonganmu kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat lihat, sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat keras siksaannya."
Keterangan ayat: Diriwayatkan peristiwa ini berlaku ketika Peperangan Badar, ketika datang beberapa Syaitan kepada orang-orang kafir Musyirikin yang menyerupai Suraqah bin Malek dari suku Bani Bakr yang memang terkenal kerana permusuhan dengan Bani Quraisy dengan menyatakan taat setia untuk berperang bersama-sama mereka. Kaum Musyirikin yang pada mulanya merasa takut sekarang menjadi berani kerana penyertaan Bani Bakr didalam balatentera mereka. Setelah persetujuan itu dibuat, maka pada hari berlakunya peperangan sebenar diwaktu mereka telah nampak akan tentera kaum Muslimin berserta bala tentera Allah dari langit. Secara tiba-tiba Suraqah bin Malek dan tenteranya (syaitan-syaitan) itu merasa gerun lantas mengundurkan diri kerana ketakutan dan meninggalkan pauk kaum kafir-kafir Musyirikin dimedan pertempuran.
Dari peristiwa ini dapat dikupas tabiaat syaitan yang berpaling tadah, semasa mengangkat sumpah mereka cukup berani dengan kata-kata membangkitkan semangat kaum kafir. Tetapi bila dilihatnya tentera Islam yang begitu ramai, mereka berpaling dan lari. Di dalam peristiwa inilah syaitan telah menjelma menjadi manusia diantara puak orang kafir sebagai membangkit semangat sahaja. Tetapi telah menipu golongan kafir itu diakhirnya, tinggallah mereka berhadapan dengan tentera Muslimin dengan Allah swt telah gandakan bala tentera Nabi saw dengan kekuatan di langit, hitam langit bumi semasa mereka turun. Sebenarnya kaum kafir itu telah dikepong dari depan dan belakang, kiri dan kanan mereka hingga mereka tidak mampu bergerak untuk melarikan diri lagi. Maka mereka menjadi habuan dihancur musnah oleh tentera kaum Muslimin ke atas musuh Nabi saw dan musuh Allah swt itu.
Satu lagi riwayat yang telah dicatitkan di dalam al Quran juga di dalam surah Al-Anfal ayat 30, Allah swt telah berfirman, mafhumnya;
"Dan ingatlah (wahai Muhammad) Ketika orang-orang kafir (Musyirikin Mekah menjalankan rancangan muslihat) memperdaya engkau, supaya mereka memenjara engkau, membunuh engkau atau menghalau engkau. Mereka itu memperdayakan (menjalankan perancangan jahat), dan Allah memperdaya mereka pula (mengagalkan perancangan mereka) kerana Allah sebaik-baik memperdayakan (pengagal segala rancangan jahat mereka)."
Keterangan ayat: Menerangkan satu peristiwa perancangan jahat kaum Musyirikin Mekah di sebuah tempat bernama Dar Nadwah, perihal untuk menghapuskan Nabi Muhammad saw. Ketika Bani Quraisy sedang berkumpul untuk bermesyuarat, tiba-tiba datang seorang bernama Syeikh An-Najdi dari Bani Najdi (penyamaran jelmaan Iblis) ingin menyertai mesyuarat tersebut dan secara khusus memberi pendapat supaya Nabi Muhammad saw dibunuh saja. Setelah usul itu diperbahaskan dengan terperinci, maka mereka semua bersetuju dengan usul utama Syeikh An-Najdi tadi untuk membunuh Nabi. Allah telah memberitahu Nabi untuk keluar bersama sahabatnya Abu Bakar ra untuk keluar dari Mekah dan bersembunyi. Akhirnya Nabi Muhammad saw telah terselamat dari cubaan bunuh itu.
Begitulah jelmaan Iblis yang menyerupai manusia bernama Syeikh An-Najdi untuk memberi pendapat disaat musyuarat penting kaum Bani Quraisy dengan idea yang paling jahat telah diberi dikala itu. Begitu buruk perancangan Iblis keatas Nabi Muhammad saw, tetapi Allah swt lah pelindung kepada Nabi dan menyelamatkan Nabi kita. Maha Kuasa Allah atas segala sesuatu.
Golongan ini memang telah diakui boleh menyerupai Manusia, bagaimana dengan menyerupai Nabi Muhammad saw? Telah dinyatakan di dalam beberapa dalil dari Al-Qur’an dan Hadis-hadis di Muka Surat 2 bahawa Allah tidak mengizinkan mereka menyeruapi Nabi Muhammad saw. Didalam Hadis Nabi juga telah diakui bahawa golongan Jin, Syaitan dan Iblis tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad saw. Ia muktamad!
Tetapi tidak kepada golongan jahat ini, mereka akan cuba tipu helah yang lain pula kepada manusia supaya manusia menjadi sesat aqidah dan syara’.
Sebagai contoh, hayati cerita ini;
“Pada satu ketika datanglah seorang sahabat ke tempat kawan untuk menceritakan satu peristiwa pelik yang baru saja berlaku keatas dirinya. Beliau telah bermimpi bertemu dengan Nabi, katanya dengan serius. Beliau sebelum itu telah bermunajat dengan mengerjakan puasa sunat beberapa hari dan solat sunat hajat 12 rekaat setiap malamnya. Memang dia berhajat untuk dipertemukan dengan Nabi Muhammad saw.
Beliau yang memang kawan kenal merupakan seorang yang sangat wara' dan alim tetapi tidak pernah belajar dimana-mana pengajian Syariat dan Fiqh. Maka pada satu malam dari itu beliau pun bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw. Beliau pada mulanya sangat pasti itulah Nabi saw, lama kelamaan ingin juga kepastian dari orang lain. Jadi orang pertama yang dia ingat ialah kawan. Jadi kawan tanyakan keadaan mimpi beliau itu, gambaran yang jelas supaya boleh ditentukan akan masalah ini.
Digambarkan di dalam mimpi beliau, pada waktu magrib dia hendak ke kolam belakang rumannya untuk mandi. Sesampai sahaja ke kolam tersebut, kelihatan seorang tua telah selesai mengambil wudhu’ dan naik dari tangga kolam itu. Dia tidak berkata apa-apa dan juga tidak memandang kepadanya. Tiba-tiba terdetik didalam hatinya bahawa orang dihadapannya itulah Nabi Muhammad saw. Wajah nya tidak dapat dilihat dengan jelas, lalu beliau pun melutut sambil memegang tangan baginda dan menciumnya. Itu saja yang berlaku dan dia pun tersedar dari mimpinya. Jadi dia mahukan pendapat kawan.
Kawan katakan pada dia yang dia jumpa itu ialah Iblis! Punyalah teperanjatnya dia hingga hampir pingsan dia mendengar keputusan itu. Lembik sekujur tubuhnya, menggeletar seluruh tubuhnya, peluh bercucuran diseluruh mukanya, tergamam dan memandang tepat kemata kawan dengan pandangan yang kosong. Kawan tenangkan dia lebih dari dua jam. Setelah semangatnya kembali pulih dia minta penjelasan selanjutnya dari kawan. Kenapa kawan katakan itu adalah Iblis???
Begini, jika benar itu Rasulullah saw. Kenapa dia diam? Kenapa dia palingkan muka? Kenapa dia tak pandang mata awak? Kenapa tidak berpakaian dan hanya pakai tuala? Siapa yang berkata-kata dalam mimpi itu ? kenapa ditepi kolam belakang rumah? Bagaimana rupanya? Jawapan dan gambaran seperti diatas itu langsungn tidak menampakkan bahawa kamu betul-betul bertemu dengan Nabi didalam mimpi kamu itu.
Sepetutnya beliau akan memberi salam seperti lazim yang beliau buat bila bertemu dengan tetamu. Dia tidak akan memalingkan mukanya kepada ummat kesayangannya. Pandangannya redup dan syahdu tepat ke mata kamu dengan senyum yang sukar kamu nak lupakan manisnya. Beliau akan berpakaian kemas dan memakai haruman dari wangian firdaus yang kamu tidak akan lupa harumnya sampai bila-bila. Tempat kamu bertemu dia selalunya di Masjid Nabawi di Madinah. Beliaulah yang akan memperkenalkan dirinya dengan sebutan yang jelas namanya dengan penuh dan lengkap. Wajahnya akan dapat kamu tatap sepuas hati tanpa rasa jemu dan tak dapat kamu gambarkan indahnya hingga ke akhir hayat kamu. Begitulah lebih kurang gambaran yang sepatutnya kamu dapat bukannya seperti yang kamu ceritakan mula-mula tadi. Lama kelamaan dengan hujah dan penjelasan yang diberi, ia pun akur akan kelemahan dirinya kerana bukan semudah itu untuk dapat bermimpi bertemu dengan Baginda.”
Daripada cerita diatas, dapat tak anda fahami apakah penipuan yang telah Iblis lakukan? Yang paling utama ialah Iblis tidak mengaku dia adalah Rasulullah. Bukan dia yang mengatakan, tetapi anda sendiri yang menyangka doa anda sudah jadi nyata kerana anda beramal. Iblis tidak bersalah, tetapi andalah yang bersalah kerana menyamakan Nabi dengan yang lain sedangkan anda sendiri tidak pernah melihat Nabi. Lagi pun sifat Nabi mestilah sempurna, bukan jumpa belakang rumah, pakai tuala mandi, rupa parasnya tidak kelihatan, tidak berkata-kata, tidak memberi salam, jumpa depan tandas, jumpa ditengah padang, jumpa tepi sungai, jumpa bawah pokok, nampak hanya belakang Nabi dan banyak lagi ciri-ciri yang menampakkan kelemahan Nabi.
Memang benar juga atas kehendak Allah segalannya mungkin dan kamu boleh jumpa Nabi dimana-mana sahaja. Tetapi didalam soal mimpi yang soheh dan benar ia tidak begitu. Ia mestilah tiada keraguan sifatnya dan sentiasa akan menampakkan kesempurnaan sifat Nabi yang Allah swt tetapkan keatas dirinya semasa zahir (hidupnya dahulu) atau batinnya (kehidupan beliau sesudah wafat) tampa keraguan pada diri umatnya yang sangat Nabi sayangi ini. Jangan mudah terperangkap dengan dakwaan sesat seperti dakwaan sesetengah orang yang cuba memutar belitkan Fakta. Seperti dakwaan Rasul Kahar, dakwaan Ayah Pin, dakwaan Asyaari Arqam, dakwaan Ahmad Laksamana, dakwaan Katijah Ali, dakwaan Aurad Ismailiah dan ratusan malah ribuan dakwaan bertemu Nabi, mendapat mandat dari Nabi, diarah mengantikan Nabi dan berbagai lagi dakwaan yang merapu, tak tentu arah dan memutar belit faktar sebenar yang boleh menyesatkan akidah kita.
Jangan mudah tertipu dengan mereka yang mengaku bermimpi atau bertemu Nabi begitu saja. Kaji dulu akan kelebihan dan kekurangan diri mereka itu. Bagaimana nak bertemu Nabi jika syariat Nabi, akhlak Nabi, Ibadah seumpama Nabi tidak kamu buat dengan tekun dan tidak duduk didalam wilayah itu? Manakala keilmuan yang kamu ada tidak menjurus dan berwasilah menyampai kepada Baginda? Jadi bagaimana dapat kamu jelaskan bahawa yang kamu jumpa itu sebenarnya Nabi, sedangkan kamu sendiri merasa ragu akan pekara itu?
Lihat disebuah kisah lain, Ia mendakwa bahawa apabila hendak mati akan datang (nampak) sesorang menjemput kita, setengah mengatakan ibu kita, setengah mengatakan bapa kita, setengah mengatakan guru kita dan banyak lagi dakwaan. Pekara ini memang benar, iaitu jemputan untuk pulang itu bukan hanya dihadiri oleh Malikat Maut sahaja, malahan ada orang yang paling kamu percaya akan hadir bersama-sama untuk menjemput anda. Tetapi kamu juga harus hati-hati untuk menentukan siapa yang layak untuk kamu ikut, bukan Ibu kamu, bukan kawan kamu, bukan tok lebai kampung kamu, bukan Bapa kamu, bukan Atok kamu yang warak itu, semuanya bukan! Kalau semuanya bukan siapa dia itu?
Untuk menentukan pekara ini kamu mestilah diwaktu hidupmu belajar berkenannya. Bukan main dengar cakap orang saja. Belajar dengan guru yang juga menyampai keilmuannya pada tangan Rasulullah saw yang dipanggil Wasilah (pewaris ilmu Nabi) dan pula mempunyai Rabitah (tambatan hati) kepada Rasulullah juga. Pekara ini ‘wajib’ didalam pembelajaran Rohani. Bukan main serkap jarang atau tangkap muat saja. Bukannya belajar dengan guru-guruan ditepi jalan atau diwarong-warong kopi saja. Ia mestilah bertempat dengan tempatnya yang sempurna juga. Jadi hati-hati ya!
Carilah Jalan Menuju Mati untuk mendapat ‘Khusnul Khatimah’ (kesudahan yang sempurna) dalam menghadapi ‘Shakaratul Maut’, iaitu mati yang baik ke atas penghidupan kita ini. Anda diingatkan selalu berdoa khusus untuk pekara ini. Ilmu Jalan Menuju Mati, bukan untuk orang-orang pencen saja atau orang yang telah berumur yang dah nak mati saja. Tetapi juga untuk semua peringkat umur sebab maut itu datang tidak mengira umur atau usia. Bila-bila masa sahaja boleh hadir, dimana-mana juga. Kita seharusnya sentiasa berwaspada selalu.
Jangan sampai kamu nanti ‘mati katak mati konyol, mati hantu mati toyol’ sudahlah!
TEMPAT KEMASUKAN JIN:
Seperti yang telah diperbincangkan dengan panjang lebar akan perbuatan jahat golongan Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis yang sangat suka mengganggu, mengacau, membisik, menyesatkan, menipu dan semua jenis perbuatan jahatnya kepada Ummat Manusia. Adalah sangat perlu kita mengatahui kita mengatahui dimanakah tempat yang mereka boleh masuk ditubuh kita ini.
Ruang atau lubang manakah pada tubuh kita yang menjadi laluan masuknya setiap hari dan masa tanpa kita sedari. Melalui tempat ini mereka akan masuk dan terus membuat sarangnya didalam tubuh kita. Dari situ pula mereka melancarkan kegiatan jahat mereka merosakkan semua sistem tubuh manusia untuk melupakan perintah Allah swt. Supaya sesat bersamanya untuk masuk kedalam Neraka Jahannam yang telah tersedia untuk mereka.
Kepada manusia yang sedar dan dapat berpatah semula, anda terselamat. Tetapi yang terus terjun dengan keindahan dunia dan leka dibuai oleh alunan nyanyian Iblis, maka akan pula menerima azab yang pedih bersama-sama Iblis tadi. Sesungguhnya mereka itu tidak akan terlepas.
Ada 14 laluan kemasukan atau lubang tempat mereka masuk kedalam tubuh Manusia. Laluan-laluan itu adalah seperti berikut:
1) Di ulu hati, paru-paru, hati dan jantung Manusia.
2) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kanan.
3) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kiri
4) Pelipat dan tulang kepala lutut kaki kanan.
5) Pelipat dan tulang kepala lutut kaki kiri.
6) Lubang tengkuk.
7) Dua urat pada tengkuk.
8) Tulang Solbi (Sulbi) dipunggung.
9) Lubang hidung dan mata sebelah kanan.
10) Lubang hidung dan mata sebelah kiri.
11) Lubang dan cuping telinga sebelah kanan.
12) Lubang dan cuping telinga sebelah kiri.
13) Lubang dan semua rongga mulut.
14) Lubang pusat, ari-ari dan kemaluan manusia.
Melalui 14 ronga inilah didalam tubuh manusia golongan Jin akan masuk seterusnya akan memasuki pembuluh darah dan terus kejantung dan ke tempat-tempat kegemaran mereka yang lain. Kesemua 14 tempat kemasukan Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis ini haruslah sentiasa ditutup dengan kaedah tertentu supaya laluan ini tidak boleh lagi mereka gunakan. Kaedah-kaedah ini hanya dapat dipelajari jika anda berguru. Tampa guru, ia tidak boleh diajarkan kerana pekara ini memerlukan ijazah darinya.
Tempat-tempat kegemaran mereka ada 7 tempat di dalam tubuh manusia iaitu:
1) Tempat pertama sekali yang mereka akan tuju ialah Jantung dan rongga lain didada manusia seperti hati, paru-paru, limpa, perut, ulu hati, pangkrias dan semua saluran penafasan manusia. Disinilah sarang paling besar syaitan dan iblis seolah-olah seperti sebuah istana. Dari Jantung yang mereka kerumuni beramai-ramai, Iblis akan mentadbir semua bala tenteranya terdiri dari Syaitan dan Ifrait untuk mendiami pula tempat lainnya. Seperti yang kita tahu di jantung kitalah terletaknya Kalbi (kalbu) iaitu pandangan rohani yang juga dikenali dengan nama mata hati. Inilah sebabnya maka Iblis menguasi tempat ini dan menjadikan kawasan itu sebagai Istana pentadbirannya untuk menutup pandangan mata hati manusia kepada Allah swt. Jika ia terbuka maka cahaya yang keluar dari kalbu itu akan pula menghancurkan mereka. Jadi mereka berkurumun seramai mungkin dikawasan itu. Disini juga ada pandangan yang lebih utama iaitu dipanggil ‘Sirr’ terletak didalam kalbi itu yang lebih halus sifatnya. Apabila manusia telah berjaya mengeluarkan kedua-dua cantuman cahaya itu, tiada apa lagi yang mampu mereka buat, terpaksalah mereka lari meninggalkan tubuh itu, sebelum mereka hangus menjadi debu.
2) Mata dan rongganya dikedua-dua belah kanan dan kiri. Orang yang telah dikuasi oleh Jin ini matanya akan berkilauan seperti mata kucing bila disuluh lampu (boleh dicuba). Mereka juga amat takut bertentangan mata dengan manusia. Selalunya apabila bomoh menurun, perhatikan kelakuan dan gerak gerinya, ada yang menyelubungkan kepalanya dengan kain supaya penyamarannya tidak kelihatan oleh manusia.
3) Duduk dirongga mulut dan kawasan itu seperti lidah, kerongkong, gigi, gusi, lelangit, tekak dan lain-lain. Mereka menguasi mulut manusia dan manusia yang telah dikuasi akan suka sekali mengumpat, mengkeji, mengadu domba, mencarut, memaki hamun, berbual kosong, suka minuman keras, mabuk, meracau, bercakap seorang diri, melatah dengan perkataan lucah, suka makanan haram, menghisap rokok, hisap asap, hisap shisha, dan juga menghisap benda-benda yang menghayalkan seperti ganja, dadah yang dimakan dan semua perbuatan dosa yang disebabkan oleh mulutnya.
4) Duduk di telinga manusia dikiri dan kanan, sama ada dicupingnya atau pun dilubangnya. Manusia yang telah dikuasi telinganya oleh golongan Jin ini amat benci dengan ceramah agama, laungan Azan, bacaan ayat Al-Qur’an, nasihat, teguran disebaliknya pula amat suka dengan mendengar musik, mendengar perbualan orang, mendengar umpatan orang, mendengar gosip artis atau pemimpin, suka mendengar yang bising-bising, buka radio, lagu di ‘handphone’, lagu di komputer dengan sekuat-kuatnya, suka dikawasan yang bising seperti di disco, pub, kelab malam dan lain-lain.
5) Duduk dihidung atau rongga hidung dikedua-duanya. Manusia yang telah dikuasai hidungnya amat suka haruman dari alkohol, menghidu gam, menghidu kokin (kokain) dan bau-bauan yang merosakkan otak dan tubuh badannya. Melalui penghiduan juga semua jin mudah masuk melalui udara yang dihidu masuk keparu-paru dan rongga-rongga lain didada. Salah satu gejala yang paling teruk apabila manusia itu mengelami resdong, selsema, hidung berair, busuk dan lain-lain.
6) Duduk dipusat dan ari-ari manusia. Ini termasulah rongga yang lain seperti buah pinggang, dan usus manusia. Apabila mereka telah menguasi kawasan ini, maka manusia itu akan selalu sakit perut, angin berpusing-pusing, senggugut, sakit dalam perut, sakit buah pinggang, pundi-pundi kencing, ulsa (barah usus), apendiks, gastrik dan lain-lain.
7) Duduk dikemaluan dan semua sistem peranakan bagi kaum wanita dan juga sistem pengeluaran benih bagi kaum lelaki. Manusia yang telah dikuasi kemaluannya tidak kira wanita atau lelaki amat suka bersetubuh, berzina, meliwat, beronani, seks bebas, seks beramai-ramai, merogol, sumbang mahram, homoseksual, lesbian, suka berhayal akan sex, pelacuran, menjual tubuhnya dan sebagainya. Kejahatan dan dosa bahagian kemaluan inilah yang paling ramai dewasa ini dilakukan dimerata tempat hingga sanggup membunuh untuk menutup malu (membunuh anak luar nikah atau pasangan sendiri).
Sebab itulah kita sentiasa disarankan mengambil wudhu’ atau sentiasa berada didalam wudhu’ kerana dengan berwudhu’ bermakna kita telah membersihkan 4 tempat pergantungan golongan Jin ini. Kemudian 2 lagi tempat dibersihkan dikala kita mandi setiap hari. Ingatlah setelah kita cuci tempat-tempat itu kita sebutlah nama Allah padanya. Berserahlah kepada Allah untuk memelihara anggota-anggota tubuh kita itu dari didiami golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis. Hanya tinggal 1 lagi iaitu anggota yang duduk didalam iaitu Jantung yang didalamnya terletak Kalbu, pandangan Basrah dan ‘SIR’ yang harus dibersihkan dengan wirid, uzlah, puasa, zikir, tafakur dan membaca Al-Qur’an selalu. Terbaik jika diberikan ‘Ijazah’ oleh guru bertauliah akan semua senjata-senjata itu untuk kita amalkan bagi kita memberus kotoran yang terlekat oleh mereka yang jahat itu.
Jika semuanya telah bersih, maka keluarkan pula saka maka yang bersangkutan dengan kita supaya kita benar-benar bersih mutlak untuk menghadap Allah setiap hari. Ditambah pula dengan keadah menutup 14 tempat laluan mereka yang telah dipelajari dari guru kita. Barulah amalan dan semua kerja buat kita diterima Allah swt sebagai amalan disetiap masa dan tempat.
CARA-CARA KEMASUKAN JIN:
Diatas telah dinyatakan akan tempat-tempat kemasukan dan juga tempat bersarangnya golongan Jin ini didalam tubuh manusia. Sekarang mari kita lihat bagaimanakah caranya mereka menyusup masuk kedalam tubuh manusia. Cara-cara kemasukan golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis kedalam tubuh manusia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
1) Melalui pengambilan ‘Sahabat’ dan ‘Khadam’ dimana manusia itu sendiri menjemput golongan Jin ini mendiami tubuh badannya sebagai sarang. Melalui pertolongan sahabatnya itu, Manusia tersebut akan merasa selesa kerana tugasnya telah diambil alih oleh sahabatnya itu.
2) Dengan melakukan Sihir dari satu manusia ke satu manusia yang didendaminya. Dengan cara ini juga tidak diketahui siapa perilakunya yang sebenar. Jika berlaku kematian dia akan terselamat dari hukuman dunia.
3) Menerima Jin Saka keturunan semasa ibu atau ayahnya mahu meninggal dunia. Selagi tiada salah satu anaknya mahu menerima saka ibu atau ayahnya itu, selagi itulah nyawa tidak akan terlepas dari jasad, maka terseksalah ibu atau ayahnya menghadapi Shakaratul Maut diseksa dengan seksaan yang amat pedih sekali. Atau pun orang tuanya yang tidak sempat membuang saka itu telah meninggal dunia dan jin saka itu sendiri yang memilih untuk tinggal dengan sesiapa juga ahli keluarga tuannya itu pula. Suka atau pun tidak, jin saka ini akan duduk juga ditubuh anda tanpa menghiraukan perasaan anda. Jika anda berdegil juga, bermacam penyakit yang akan datang kepada anda termasuklah menjadi gila.
4) Manusia dalam keadaan sengaja ataupun tidak sengaja telah membunuh keluarga salah seekor dari golongan Jin. Jin Islam yang menjelma menjadi ular umpamanya telah memasuki rumah anda dan tanpa berlengah lagi anda telah membunuh ular tersebut. Kaum keluarga Jin Islam itu akan pula menuntut bela atas kematian keluarganya ditangan anda. Jika mengikut Hukum Qisas didalam hukum Syara’, maka mereka berhak juga membunuh anda. Jikalau pekara seumpama itu berlaku kepada Jin yang anda bunuh itu merupakan Jin Kafir, maka jam itu juga anda akan mati ditanggan mereka tanpa dakwaan lagi. Kalau umpamanya anda telah memijak atau tertendang atau menghempap mereka dengan benda berat yang menyebabkan mereka sakit. Maka mereka juga akan membuat anda sakit seperti ahli keluarga mereka itu merasa sakit. Pekara ini amat rumit untuk manusia itu dilepaskan selagi ahli keluarganya tidak sembuh dari sakit akibat perbuatan anda.
5) Manusia yang mengambil mana-mana zikir, sepotong ayat Quran, mentera jampian atau belajar dari guru-guru yang tidak mampunyai pertalian pelajaran dan keilmuan yang menyampai ditangan Baginda Rasuallah saw atau dari orang-orang yang tidak diketahui asal-usul pengajiannya atau diambil dari dalam mimpinya dengan tiada usul telah mengamalkan pula zikir, ayat, jampi tersebut secara berseorangan tiba-tiba menjadi gila. Ini orang Jawa panggil Gila Isim. Atau telah berlaku kemasukan jin didalam badannya (Tanasalul Arwah) atau boleh saja beliau pandai berubat, berpidato bab agama, memberi hujah dan pendapat tentang hal-hal masyarakat, nikah cerai, bab munakahad, bab mu’amalat, Fiqah, Syarak, Akhlak, Tauhid, Tasawwuf, Tarikat, Hakikat seolah-olah Guru agung atau Mufti atau Khodi (Kadi) lagaknya tampa ia belajar dari mana-mana Perguruan Pondok atau Pesantren. Kemudian menjadi guru atau ustaz yang pula mengajar agama disemua bab. Pada mulanya memang tidak Nampak, tetapi lama kelamaan pekara ini akan terbongkar juga kepada masyarakat sekeliling akan ajaran sesatnya itu.
6) Kepada manusia khasnya kaum wanita yang suka bersolek semasa keluar dari rumah. Memperagakan rambutnya, kecantikan wajahnya, kecantikan tubuhnya yang mendedahkan auratnya dikhalayak ramai dan apabila ada dikalangan kaum Jin yang telah jatuh cinta terpandangkan wanita itu maka akan berlakulah kesusahan kepada wanita itu kerana di sihir oleh Jin tadi ada yang sampai gila angau, gila meroyan, sasau, berjalan dalam tidur mencari Jin itu dan berbagai lagi masaalah yang timbul dek kerana pekara yang tidak disengajakan oleh wanita itu. Bukanlah niat wanita manusia itu untuk memikat Jin itu, tetapi kesalahan wanita itu ialah tidak menutup auratnya dan suka bersolek semasa keluar rumah. Itulah sebabnya Islam melarang pekara ini.
7) Manusia yang tidak mahu beribadah dan lalai akan perintah Allah swt malah suka melakukan semua pekara yang ditegah dalam Syara’. Mereka dengan sengaja menjauhkan diri mereka dari Allah swt dan dengan sendirinya pula mendekatkan dirinya bersama-sama Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis. Mereka akan terus hanyut dan hayal bersama-sama keseronokan dunia dibuai oleh Syaitan dan Iblis sehingga mereka tidak dapat keluar lagi dari cengkaman mereka-mereka itu. Mereka akan terus sesat dan akan mati di dalam keadaan menzalimi diri mereka sendiri. Setelah sahih mati barulah mereka kesal akan semua tindak tanduknya semasa didunia, sudah terlambat saudara saudari sekalian. Tidak ada lagi jalan untuk anda patah balek semula kedunia, tiada apa yang dapat dibuat lagi, terpaksalah anda menghadapi seksaan yang telah disediakan untuk kalian. Hanya Rahmat Allah dan Sifat Rasulullah saw saja yang mampu menolong anda dikala itu.
Pergerakan utama Jin di dalam tubuh manusia adalah mengikut aliran darah melalui semua urat saraf, pembuluh darah yang sambung menyambung diantara satu dengan yang lain. Apabila mereka dapat masuk ketubuh manusia, pekara pertama sekali yang mereka lakukan ialah dengan mencari pembuluh darah dan urat-urat nadi manusia kerana disitu mereka akan mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Rasulullah saw pernah bersabda didalam sebuah hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Sayidah Syafiyah binti Huya bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda yang maksudnya;
"Sesungguhnya Jin (syaitan) itu berjalan didalam tubuh anak Adam (manusia) sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya."
Maka seharusnya kita sentiasa menjaga akan permakanan kita, carilah makanan yang halal supaya menjadi darah yang halal pula. Dengan itu kita akan menyempitkan jalan tempat duduk mereka itu disitu atau mereka tidak duduk didalam darah yang halal dan berseh yang sentiasa menyebut nama Allah berserta doa ketika makan yang kita amalkan.
JENIS PERMUSUHAN JIN KEPADA MANUSIA:
Allah swt telah menjelaskan di dalam Al-Qur’an terdapat 3 jenis permusuhan kaum Jin kepada Ummat Manusia dari dahulu hinggalah sekarang. Ia adalah seperti berikut;
1) Mengujudkan kejahatan yang dinamakan As Suu iaitu kejahatan menghasut manusia berbuat dosa-dosa dengan membuat maksiat didalam hati dan juga anggota badan mereka. Manusia yang memang cenderung untuk melakukan kejahatan dan maksiat akan mudah termasuk ke dalam perangkap Iblis dan kuncu-kuncunya. Tapi setelah kamu sedar dari lamunan mimpi, kamu merasakan tidak akan diapa-apakan oleh mereka pada masa itu. Ternyata anggapan begitu akan melemahkan lagi Iman Manusia yang sebenarnya tertipu dengan segala muslihat permainan puak Jin, maka anggapan itu sebenarnya satu kenyataan yang manusia itu telah berada dipihak yang salah dan terpaksa menghadapi hukuman yang berat dari Allah swt.
2) Mengujudkan kekejian yang dinamakan Al Fahsyah iaitu menghasut manusia melakukan kejahatan yang lebih jauh lagi yang amat keji disisi Tuhan iaitu derhaka akan semua perintah-Nya dan membuat semua yang dilarang-Nya. Apa saja yang dilarang seperti berjudi, minum arak, berzina, mencuri, berbuat zalim, mengadu domba, memfitnah, mengumpat, mengeji, membunuh, merogol, memukul, menyihir, menipu, memakan riba, memakan harta anak yatim, dan bermacam-macam lagi perbuatan mungkar akan dilakukannya dengan tiada rasa bersalah dan takut akan seksaan yang menantinya di Akhirat kelak. Mereka ini bertambah jauh dari Rahmat Allah dan mempunyai hati yang telah hitam sepenuhnya yang tiada rasa insaf akan semua perbuatan keji terhadap Allah swt.
3) Berbohong terhadap Allah swt sedangkan mereka telah pun berjanji taat setia semasa kejadiannya dahulu. Tahu kah kamu apa perjanjian yang telah kamu lafazkan dihadapan Allah Rabul Jalil dahulu semasa kamu di Alam Roh, maka dengan perjanjian itulah kamu dilepaskan untuk hidup di dunia ini? Kamu tidak ingat akan perjanjian dan sumpah yang telah kamu akadkan dahulau? Baiklah, akan kawan peringatkan sekali lagi apakah sumpah dan janji itu, disini pada saat ini untuk kamu kenangkan semula dan berjanji pada diri sendiri untuk berpatah semula kepangkal jalan jika kamu telah tersesat jauh atau dekat, Janji dan sumpah taat setia ini telah Allah rangkumkan di dalam Al-Qur’an, maka Allah swt telah berfirman di dalam surah Al-A’raf ayat 172, mafhumnya;
"Ketika Tuhanmu menjadikan keturunan anak Adam daripada tulang punggung mereka (tulang solbi), Dia mempersaksikan dengan diri mereka sendiri, Allah berfirman: Bukan Aku Tuhan kamu? Sahut mereka: Ya, kami menjadi saksi, supaya kamu juga mengatakan pada hari kiamat: Sesungguhnya kami lengah (lalai) terhadap perihal ini."
Keterangan ayat: Inilah rangkuman sumpah dan janji yang telah kamu, kita dan semua manusia ucapkan dihadapan Allah dahulu semasa kamu di Alam Roh. Telah kamu lafazkan dengan lidah dan mulut kamu, kemudiannya telah pula mentasdihkannya didalam tiap-tiap hati diantara kamu dan dengan sekujur tubuh badan kamu akan taat setia akan perjanjian itu dihadapan Allah Rabul Jalil sendiri. Maka dengan sumpah taat setia inilah kamu dilepaskan untuk hidup dimuka bumi sekarang ini.
Bagaimanakah kamu ingin menafikannya lagi? Setiap jiwa akan menjadi saksi pula keatas jiwa-jiwa yang lain secara hadap hadapan esok dihari perhitungan itu. Kata sesetengah Ahli Tafsir, bahawa Allah telah memangil Adam dan disapu akan punggung Adam, maka keluarlah seluruh keturunan darinya lalu diminta menjadi saksi akan ke Esaan Allah. Maka semunya telah menjadi saksi dan bersumpah taat setia terhadap Allah swt. Maka dengan sumpah taat setia itulah Allah swt melepaskan seluruh jiwa itu untuk hidup dimuka bumi sekarang ini, termasuk kamu, kami, kita, engkau, aku dan semua manusia yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kepada mereka yang telah melupakan janji dan sumpah ini, maka mereka telah diletakkan didalam ungkapan berbohong terhadap Allah.
Kenapakah kamu semua terpaksa menjadi saksi sebelum kamu hidup dahulu? Supaya kamu tidak boleh berdolak-dalek memberi hujah menyalahkan ibubapa, datuk nenek keturunan kamu yang telah sesat, jadi kamu minta dilepaskan seksaan itu disebabkan perbuatan mereka itu sedangkan kamu akan dipertanggung jawabkan atas semua perbuatan kamu sendiri. Bukankah kamu telah diberi akal fikiran???
Awasi akan 3 jenis permusuhan serta tipu helah golongan Jin dan kuncu-kuncunya ini dengan cermat setiap hari dan masa kerana mereka tidak akan berhenti dari menganggu kamu sehingga akhir hayat kamu kecuali mereka-mereka yang telah diberi keselamatan dari gangguannya ini. Mereka-mereka yang telah melepasi wilayah dan sentiasa duduk didalam Tauhid Allah bersama-sama kekaseh Allah dan berserta Allah dimana jua dia berada pada setiap masa dan waktu selama-lamanya hingga hari kiamat.
Kembali semula kepada soalan kuiz diatas, bagaimana? Boleh beri jawapannya? Cuba teka!
Siapakah nama-nama Manusia Iblis yang kawan maksudkan itu, seorang lelaki yang bergelar Maharaja Agung Manusia Iblis dan yang wanitanya bergelar Maharani Agung Manusia Iblis disebelah Timur ini? Raja segala sihir, Raja segala sakti dan menjadi musuh dalam lipatan kepada bangsa Melayu dan seluruh keturunannya terutama di kawasan benua Nusantara ini.
(Paksi 9 Dewata Alam)
Sila hantarkan pendapat dan jawapan kepada kuiz yang telah diberi diatas. Kawan terpaksa tarik lagi rencana ini ke satu lagi mukasurat di keluaran akan datang supaya dapat memberi laluan kepada pembaca semua memberi jawapan kuiz ini.
Harap Maaf, kesulitan amat tidak disengajakan...
Kepada mereka-mereka yang menunggu akan tajuk-tajuk Bunian, Dewa, Dajjal, Izazil, Daulat dan lain-lain lagi pastikan anda tidak terlepas episot akhir dalam Muka Surat 4 rencana ini iaitu IBLIS DAN ALAMNYA (Musuh Kamu Yang Paling Nyata).
Sekian dulu untuk kali ini,
Wallahua'lam,
0 Orang Tengah Conteng-conteng:
Post a Comment