Followers

Iblis Dan Alamnya Musuh Kamu Yang Paling Nyata ( PART 3 )



Muka Surat 3
Katagori Bacaan: Memerlukan keyakinan tinggi dan menjurus kepada kefahaman Islam sebenar.
Peringatan: Sila tetapkan dalam hati keyakinan kepada Allah 100% serta menolak segala apa yang anda telah percayai sebelum ini jika ianya telah dibuktikan sebagai menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Bacaan agak panjang, jadi sabarlah dalam menuntut Ilmu, teruskan membaca sehingga akhir rencana.


MASALAH MELAYU BER JIN:


Setelah kita didedahkan dengan sebahagian daripada masaalah orang-orang Melayu yang membela Sahabat, Khadam, Saka Daulat, Saka Keturunan dan lain-lain nama yang seerti dengannya di Muka surat 1, maka marilah kita lihat pula masaalah sebenar kenapa orang-orang Melayu suka sangat membela Jin atau berJin, jika menurut perkataan yang sebenar, ia digelar berhantu.
Anggapan bahawa hantu tidak sama dengan Jin menyebabkan mereka menerima kehadiran Jin dengan baik seolah-olah kaum Jin itu lebih tinggi darjatnya dari hantu dan berbeza antara mereka. Pada hal mereka itu didalam kelompok yang sama, sehati sejiwa dan mengidamkan manusia-manusia untuk dijadikan hambanya seperti binatang ternakan.
Penyabab utama yang dapat dikenal pasti adalah mereka merasakan suatu kuasa ghaib perlu membantu mereka untuk menjaga keluarga, anak bini, ruman, kebun, harta, kampung, kawasan, dearah dan negeri. Juga adalah kerana asal-usul nenek moyang yang tidak terdedah dengan soal kebenaran dan kesalahan atau keburukan dan kebaikkan atas semua kepercayaan yang telah mereka anuti, pegang dan yakini. Mereka telah terbiar tidak beragama sekian lama berabad-abad sebelum kedatangan Islam ke Nusantara.
Diwaktu itulah kepercayaan kepada Dewa, Syaitan dan Iblis atau Kepercayaan Kebatinan bermahrajalela tersebar begitu luas oleh puak-puak yang datang terdahulu sebelum Islam seperti kepercayaan sesat Pagan Majusi Mesir Kuno Sembah Dewa, Majusi Mesir Sembah Api, Hindu sembah Dewa, ditambah dengan puak-puak Melayu itu sendiri mempunyai Tok Batin, Tok Dukun dan Tok Pawang yang sangat kreatif mencipta sendiri 'Tuhan' mereka dengan segala bentuk penyembahaan, adat istiadat, pemujaan, persemadian, ritual, jampi serapah, persembahan tanda taat setia yang akhirnya berkembang biak menjadi pegangan hidup orang-orang Melayu dikebanyakan negeri, daerah dan perkampungan mereka.
(Jin Gunung Kerinci)
Kemudian mereka menopoli pihak-pihak Ketua Puak-puak Melayu, Raja-raja Melayu, Pemimpin Masyarakat Melayu setempat mempamirkan Ilmu Sihir, Ilmu-ilmu Sakti, Magis dan Silap Mata (semua ketogari sesat belaka). Kemudian menyatakan semua itu hasil taat kepada 'Tuhan Dewata' (Iblis) mereka itu yang kemudiannya telah membuat semua pemimpin Melayu itu kehairanan, pelik dan taksub lalu mengambil Tok- tok Dukun atau pun Pawang tadi menjadi Penasihat Raja.
Maka senanglah Dukun atau Pawang tadi menetapkan hala tuju pemerintahan Raja itu kerana diberi pangkat dan diberi tugas didalam hal ehwal Adat Istiadat Istana. Kemudian semakin jauh ia akan menguasi Raja apabila ia menjadi tempat rujuk Raja, apa juga masalah pentabiran akan dirujuk dahulu kepada Penasihat Negara, Pawang Negara dan Ahli Nujum Negara, maka dikala inilah ia dapat menukarkan 'Agama Istana' kedalam agama yang dia anuti atau kepercayan baru ciptaannya. Raja yang telah terpengaruh itu dengan mudah mengikut sahaja sebab telah di ‘mind control’ (pukau bawah sedar). Jika Raja telah menganuti dan memegang kepercayaan, umpamanya Majusi Sembah Dewa, maka semua rakyatnya akan mengikut pula, jadi tidak susah lagi kerja Tok Dukun dan Tok Pawang tadi untuk menyebarkan ajaran sesat mereka diseluruh negara.
Pawang dan Dukun ini pula mengada-adakan adat istiadat dan upacara yang bukan-bukan sebagai contoh Upacara Sembah Beradap, Upacara Pertabalan, Upacara Berarak Junjung Duli Tuanku, Upacara Sembah, Upacara Bersemayam, Upacara Mandi, Upacara Gendang Nafiri dan lain-lain untuk golongan Raja. Kemudian menyusun kata-kata seperti seolah-olah Raja itu sudah jadi dewa atau tuhan. Sebagai contohnya beta, patik, menjunjung duli, mencemar duli dan Daulat Tuanku. Dalam kajian yag dibuat, perkatan-perkataan ini ada dua maksud.
Maksud di luar seperti biasa saja, seolah-olah rakyat semua menhormati raja yang telah biasa di amalkan oleh orang-orang melayu pada waktu itu. Tetapi jika diselak disebalek kata-kata itu penuh dengan sanjungan melampau seolah-olah dewa atau sama taraf denganTuhan. Perkataan Tuanku adalah berasal dari kata Tuhan-ku. Patek bermaksud Anjing (jadi rakyat ni semua sanggup sampai mengelar diri mereka itu anjing), Duli bererti Gusti (bahasa jawa) ertinya Tuhan, Sembah ertinya sujud kepada dewa (dari perkataan Sembah yang - sembah dewa yang), Daulat sejenis Raja Iblis keturunan Ifrait, Bersemayam ertinya naik atau duduk ditempat tertinggi seperti Tuhan, Permainan Nafiri itu alat-alat puja dewa kuno orang-orang asli dan berbagai lagi ciptaan Dukun dan Pawang yang mesti di ikut, jika tidak Duli Daulat akan marah dan mengamuk. Adat istiadat inilah yang tidak pernah dibuang walaupun mereka kemudiannya memeluk agama Islam. Hanya Nama saja berubah, tetapi amal perbuatan penyembahan kepada dewa ini sampai sekarang diamalkan.
Kepada orang awam, Batin, Pawang dan Bomoh pula mesti berbuat sesuatu yang tidak nampak sesat, alasannya ialah ‘untuk tujuan perubatan’, ‘Tak apa, sikit je’, ‘Nak baik dibolehkan’ (membuat sesuatu bertentangan Syarak) ‘membuang ancak’, ‘membuang sial’, ‘mandi bunga’, ‘mandi minyak’ dan ‘semah darah ayam, kambing, kerbau’ dan lain-lain. Membakar kemenyan, setanggi, colok dan lilin dimestikan. Sebenarnya semua jenis pekara yang disebuatkan ini adalah merupakan ‘ISYARAT’ memanggil, penyatuan dan masuk ke dalam badan. Jin akan menerima isyarat ini dan memulakan kerja jahatnya pada manusia. Adalah diingatkan, sebarang bentuk isyarat pada jin sangat penting pada mereka. Tanpa isyarat yang kita buat, dia tidak boleh berbuat apa-apa, kecuali jin yang sedia ada dalam badan pesakit tadi. Begitulah serba sedikit contoh pujaan, anutan dan kepercayaan kuno masarakat Melayu yang masih lagi berlaku sampai sekarang.

Apabila Muballigh-muballigh Islam datang atas arahan Baginda Rasullah saw, maka didapati kerajaan-kerajaan tersebut telah mempunyai kepercayaan dan satu jenis pegangan seoleh-olah agama anutan mereka. Memang sesetengah Raja Melayu berjaya di Islamkan oleh muballigh-muballigh Islam tadi. Tetapi sebenar-benarnya mereka tidak meninggalkan adat istiadat lama mereka. Sebab itulah hingga ke hari ini semua Raja-raja Melayu akan melalui proses yang sama dalam adat istiadat kuno itu semasa pertabalan dan lain-lain lagi, dan yang paling nyata sekali semasa laungan "Daulat Tuanku" itu berkumandang dilaungkan oleh semua rakyat dan pembesar -pembesar negeri.
Tahukah anda semua apa sebenarnya berlaku???
Inilah ‘Isyarat’ yang meletakkan "Dewa Daulat" sebagai ikutan dan pegangan sebenar mereka. Apa sebenarnya nama DAULAT itu?? Ia adalah NAMA SEEKOR JIN IBLIS PERINGKAT TINGGI DARI KETURUNAN JIN AFARIT (IFRIT/IFRAIT), laungan Daulat Tuanku bererti DAULAT TUHAN-KU seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Bagaimana sekarang ??? Mana ada sebut pasal Allah, pasal Rasullah. Ada dimana-mana perkataan Allah dan Rasullah disebutkan??? Semua ini kepercayaan khurafat dan sesat, baik dari segi Syarak, Akidah, Akhlak, pengorbanan diri dan harta. Tidak ada dimana-mana hadis Rasullah saw mengajar sahabatnya atau umatnya pekara seperti ini atau disebuat dimana-mana ayat dalam Al-Qur’an ajaran seumpama ini dan pastinya juga ulama’ dahulu dan sekarang juga bersependapat tidak akan menbenarkan pekara khurafat seumpama ini diterima dalam agama Islam.
Adakah fakta ini benar???
Sila tanyakan persoalan ini kepada Dato Dr. Hj Harun Din, kerana beliau pernah menulis fakta yang sama didalam sebuah akhbar utama negara ini pada suatu ketika dahulu. Beliau telah cuba merungkai permasaalah ini, namun dipandang sepi oleh Pihak Istana, Pemimpin Negara, Jabatan Agama Islam, JPM, KDN, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Majlis Raja-raja Melayu, Penyimpan Adat Istiadat Diraja dan semua Masyarakat. Malahan beliau telah diberi amaran oleh beberapa pihak berkepentingan didalam soal adat istiadat ini pula. Nah, sampai bila??? Persolannya sampai bila mahu disimpan PEKONG ini??? Pekong yang telah sampai ke sum- sum tulang, pekong yang telah sebati dengan urat, daging dan darah orang-orang Melayu. Fikirkanlah!
Anda tak puas hati lagi??? Baik, bukankah anda semua golongan terpelajar? Sekarang sudah masuk zaman Moden, zaman Millenium bukan lagi zaman Kuno. Fikir pakai Logik akal, kawan nak tanya anda, dari mana datangnya ‘Daulat Raja’ (berlaku pekara mencarek adat) itu??? Ya, dari mana??? Sila jawab... Tolong bagi hujah anda???

Kawan pasti pembaca semua akan mengaru kepala, atau melopong sahaja, atau terdiam… Nak cuba lagi???
Nak kawan tolong anda semua jawab???
Adakah pekara mencarek adat itu merupakan ‘Ma’unah’ atau ‘Koramah’ (Karomah - pertolongan dari Allah swt) kepada Raja itu tadi???
Maaf, itu tanya, bukan jawab…
Susah sangatkah nak menjawabnya??? Atau anda dah dapat teka, tapi tak boleh nak cakap?
Takut kena marah dengan Raja???
OK … Bagi menentukan sama ada ia datang dari Allah atau tidak, kenalah dipastikan dahulu beberapa pekara, iaitu:

1) Bagaimana raja itu beribadat?
2) Darimana ia belajar semua bab dan juzuk-juzuk pengajian Islam itu?
3) Siapa Guru yang mentarbiah dan mengajar beliau?
4) Dari manakah asas pengajian Syariat, Tauhid, Usuluddin dan Tasawuf yang beliau dapat?
5) Adakah beliau pernah 'Mubaiah' dengan mana-mana Ulama’ yang Muktabar, atau paling kurang pun guru-guru yang mengambil ilmunya dari Ulama’ Muktabar itu?
6) Adakah Gurunya itu mempunyai Sanad Keilmuannya menyampai kepada Rasullah saw?
7) Adakah Wasilah dan Rabitahnya juga menyampai ketangan Nabi saw?
8) Adakah telah ‘bulat penyerahan dirinya kepeda Allah’ atau pun menyampai Makrifahnya kehadrat Allah swt?


Jika kesemua 8 soalan diatas ini mempunyai jawapan yang betul, ya dan benar, maka memang benarlah ia mendapat perlindungan dari sumber sebenarnya iaitu Allah swt. Yang dinamakan 'Ma’unah' atau juga dipanggil 'Makwanah' atau pun ‘Koramah’ (pertolongan Allah swt).
Tetapi jika sebaleknya tiada jawapan yang boleh diterima sebagai benar, maka perlindungan atau pekara mencarek adat itu datangnya dari sumber yang dimurkai Allah swt. Iaitu semestinya dari IBLIS LAKNATULLAH!!! (dinamakan Istidrajh/Istidraj atau Syakwazah).
(Perhatikan apa yang disembahnya)
Jika masih tidak berpuas hati lagi... Cari mana-mana Ustaz yang fasih akan bab ini dan tanya. Atau anda boleh bertanya di TV9 didalam program ‘Tanyalah Ustaz’, manalah tahu Ustaz boleh tolong berikan jawapan yang anda musykilkan.
Bukan nya apa tuan- tuan dan puan- puan sekalian, bukan kawan nak buka aib sesiapa, atau merendahkan keturunan sesiapa atau pun bukan juga kawan nak mencabar sesiapa. Ini adalah tanggungjawab kita sesama Islam untuk menegur jika berlaku sesuatu Kekufuran dalam Masyarakat. ‘Amar Makruf, Nahi Mungkar'. Kewajipan, Fardhu Kifayah didalam Syara’ ini akan ditanya dihadapan Allah Rabul Jalil diakhirat kelak, bagi setiap jiwa rakyat yang bernaung dibawah Kerajaan Malaysia yang indah ini.
Kita wajib menegur kepincangan ini samada dengan mulut, angota atau hati. Dari dekat atau dari jauh. Jika kita tidak berbuat demikian, kita juga turut menerima padahnya kerana membiarkan dan membenarkan terus pekara seumpama itu berterusan. Maka berlepas dirilah anda semua dari masaalah fitnah Iblis yang sangat kronik dan besar ini kepada orang-orang Melayu Islam ini khasnya. Adakah akan hilang kuasa kalau Raja-raja Melayu tidak ber ‘Daulat’?
Sebenarnya mereka akan lebih baik lagi kedudukan mereka didunia dan akhirat. Percayalah, semua orang-orang Melayu sentiasa menyokong Rajanya walau apa pun terjadi, ia adalah jati diri Melayu. Tetapi Tuanku janganlah mengambil yang lain selain Allah swt sebagai tempat berlindung, kerana bukan Tuanku seorang saja yang akan menanggung akibatnya malahan semua rakyat Tuanku juga akan terpalit sama. Maka jalan terakhir bagi kami rakyat Tuanku ialah melepaskan diri kami daripada fitnah ini.
Ikrar dan doa melepaskan diri dari fitnah Iblis dalam bab ini;

Bismillahirahmanirahim,
“Kawan dan semua peringkat perguruan yang bersama-sama kawan, Guru-guru, dan semua rakan-rakan, sahabat-sahabat yang sealiran dengan kawan dan sesiapa juga yang beragama Islam yang membaca rencana ini, hari ini dengan rasminya bahawa kami semua melepaskan diri kami dari fitnah ini dan tiada lagi kaitan dengan kami akan kesemua permasaalahan ini iaitu dari mereka-mereka yang ber‘Saka’kan Jin atau bersahabatkan Jin didunia dan akhirat.
Semoga Allah menerima pelepasan diri kami ini dengan berkat Nabi kami Muhammad saw di semua arah, bab dan juzuk-juzuknya. Bahawa ikrar ini menjadi saksi, anda semua dan kami juga turut menjadi saksi di Akhirat kelak bahawa kami telah membuat teguran didalam rencana ini. Jika mereka tidak mahu berubah atau tidak mahu mendengar akan teguran ini, maka dikala itu putuslah tanggungjawab Syarak diatas kami semua keatas mereka dan janganlah kami ditanyakan lagi akan permasaalahan ini diakhirat kelak" Amin ya Rabbal ‘Alamin.
(Kepada anda pembaca rencana ini, sila ‘Qhosad’ (tetapkan) dalam hati akan ikrar melepaskan diri ini supaya kita semua melepaskan diri bersama-sama).
Teguran kawan ini bukan untuk golongan Raja-raja Kerajaan Melayu Islam saja, malahan kesemua orang-orang Islam Melayu yang masih mempertahankan perbuatan mereka membela, menyimpan dan menyangai akan semua jenis ‘sahabat’ atau 'khadam’ dari puak Jin itu, sama ada mereka sedar atau pun tidak, suka atau pun tidak, dengar atau pun tidak. INGAT! Kami semua telah berlepas diri kami semua dari perbuatan anda, tinggalah anda bersendirian dengan masaalah anda sampai bila-bila, kekal ia selamanya. Nasihat kami kepada anda yang berkenaan.... Buanglah semua 'sahabat', 'khadam' atau ‘Jin saka' yang bersama dengan anda sebelum mata anda tertutup.
Amat besar seksaan yang sedang menenti anda yang telah disediakan Allah swt di Akhirat kelak iaitu Neraka Jahanam kepada mereka-mereka yang menyekutukan-Nya dalam semua ibadah atau pun kerja buat mereka disemua tempat dan masa, sama ada sedar atau tidak, sama ada anda tahu atau pun tidak, sama ada anda suka atau pun tidak. Percayalah, seksaan bagi golongan yang kufur dan syirik itu amat pedih yang tak terhingga, kekal selama-lamanya di dalam Neraka Jahanam bersama-sama dengan ‘sahabat’ dan ‘khadam’ kesayangan anda itu.
Allah berfirman di dalam surah Al-A’raaf ayat 179, mafhumnya;

"Sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam kebanyakan diantara Jin dan Manusia, bagi mereka ada jantung (Kalbu) hati, tiada mengerti dengan hatinya dan bagi mereka ada mata, tiada melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga, tiada mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang leka".
Keterangan ayat:
Allah telah mencitptakan Neraka Jahanam tempat kembali kepada mereka yang bersekutu dengan Jin. Malah kedua-duanya sekali akan dicampakkan kedalamnya. Mereka telah diberi segala keterangan terdahulu tetapi tidak mahu melihat dengan mata mereka, mereka juga tidak mahu mendengar nasihat dan amaran yang telah diberi didalam Al Quran dengan telinga-telinga mereka malahan mereka tidak mahu membuka hati mereka untuk bertaubat. Mereka seperti binatang ternakan yang ditarik hidungnya oleh Iblis dan Syaitan. Malahan menjadi lebih sesat dengan kebodohan mereka itu. Hati mereka keras, otak mereka tertutup, semua pancaindera mereka telah diikat, sebab itu mereka tidak lagi dapat melepaskan diri dari perangkap Iblis dan Syaitan. Jangan terjadi seperti ini.
Firman Allah di dalam surah Jin ayat 6, mafhumnya;

"Dan sesungguhnya seorang lelaki diantara Manusia minta berlindung kepada beberapa lelaki diantara Jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah sombong".

Keterangan ayat: Begitu telah Allah gambarkan bahawa jika manusia meminta pertolongan dari pihak Jin dengan Ber ‘sahabat’ dengan mereka, bukannya akan membetulkan keadaan, malahan menyebabkan kaum Jin itu bertambah-tambah sombong dan bongkak terhadap Allah swt. Maka apabila manusia berkawan dengan musuh-musuh Allah itu dengan sendirinyalah mereka itu sama seperti sahabat-sahabat mereka itu juga.
Firman Allah lagi di dalam surah An-Nisa’ ayat 38, mafhumnya;

"Barang siapa yang mengambil Syaitan menjadi temannya, maka Syaitan itu adalah seburuk-buruk teman".

Keterangan ayat: Janganlah kita mengambil Jin sebagai sahabat, kerana Jin, Syaitan dan Iblis itu sebenarnya Sahabat yang membawa kamu sesat dari jalan Allah swt untuk selama-lamanya. Mereka hanya akan membawa keburukan kepada kamu dan tiada kebaikan langsung.
Dan firman Allah didalam surah Al-Mumtahinah ayat 1, mafhumnya;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh mu menjadi wali (penolong atau penjaga), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang padahal mereka itu kafir (Iblis yang kufur) kebenaran yang datang kepada mu. Mereka mengusir Rasul dan kamu (Nabi Adam as dan keturunannya), kerana kamu beriman kepada Allah Tuhan mu, Jika kamu keluar berjuang pada jalan-Ku dan menuntut kereadhaan-Ku, kamu rahsiakan kepada mereka kasih saying, padahal Aku mengatahui apa-apa yang kamu sembunyikan dan apa-apa yang kamu lahirkan. Barang siapa berbuat demikian diantara kamu, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus ".
Keterangan ayat: Sesetengah Ulama’ tafsir menggunakan juga ayat ini sebagai bentuk larangan bersahanat dengan golongan Jin kerena bentuk ayat ini juga boleh dikaitkan dengan hubungan yang manusia buat dengan golongan Jin secara rahsia, padahal Allah mengatahui akan semua pekara. Inilah kebodohan manusia yang menganggap mereka cerdik padahal mereka menipu diri mereka sendiri. Mereka yang mengikut Iblis dan mengikut tunjuk ajarnya adalah sesat dari jalan Allah selama-lamanya dan pastinya akan dihukum dengan setimpal.
Syekh Mahyuddin Al Arabi memberitahu, “Adalah orang yang bersekedudukan (bersahabat) dengan makhluk Jin tidak akan beroleh Rahmat dan Ilmu dari Allah, kerana mereka itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifat-Nya".
(Lembaga putih?)
Maka dari semua keterangan ini, amat jelas sekali bersahabat atau berkhadamkan makhluk Jin dari apa juga bangsanya adalah ditegah dan dilarang sama sekali kerana mereka hanya mempersendakan dan memperbodohkan kamu semua. Sedangkan yang tak berkhadam pun amat sukar lepas dari gangguan mereka, inikan lagi bersekududukan dengan mereka. Sudahlah telah ditetapkan setiap individu manusia memiliki Qarin yang sentiasa mengikuti mereka ditambah dengan jin-jin yang lain nak diberi lagi ruang. Manusia tidak akan dapat mengimbangkan dirinya walau apa pun yang mereka dakwa.
Berbeza dengan Rasullah saw, beliau sentiasa dijaga bahkan Qarinnya juga diIslamkannya kemudian mengikut kata-katanya dan suruhannya. Beliau maksum dari perbuatan keji dan dosa. Jin melihat nur yang ada padanya pun boleh hancur lebur inikan pula hendak berhadapan dengan nya. Kita hanya manusia biasa yang sangat jauh dari perlindungan seumpama itu. Jadi jagalah diri kamu sebaik-baiknya supaya tidak terjerumus dengan hasutan Syaitan dan Iblis itu. Buanglah segala Saka Maka yang ada dengan kamu, bersihkan diri kamu dari semua itu, semoga Allah berserta kamu dijalan yang benar.

LATAR BELAKANG DAN CIRI-CIRI MAKHLUK JIN:

Adapun latar belakang dan ciri-ciri golongan Jin ini adalah sambungan dari Muka surat 1 rencana ini. Ia dikutip dari beberapa pendapat Ulama-ulama tafsir dan Guru-guru yang arif didalam bab ini kemudiannya di cantumkan didalam rencana ini supaya dapat memberi maklumat tambahan serta kefahaman tentang apa juga pekara yang bersangkutan dengan mereka. Sama ada pekara itu besar atau kecil didalam memandang masaalah permusuhan, kebencian dan halangan yang sangat jelas dan nyata yang mereka cipta supaya kita juga jauh dari Rahmat Allah. Kawan paparkan semuanya dan terpulanglah kepada tuan-tuan semua menilai sendiri akan maklumat yang telah dikumpulkan ini yang telah dianilisa dan dibuat rujukan demi rujukan. Sama ada ia boleh diterima atau pun tidak kerana sesetengahnya tiada sokongan dari hadis dan dalil dari ayat Quran bagi menguatkan hujah-hujah mereka itu. Kebanyakannya adalah cerita dari satu genarasi kesatu genarasi Guru-guru atau Ulama -ulama yang ditulis sebagai naskah peribadi atau pun catatan anak-anak murid mereka yang masih ada.
Didalam Alam Iblis sebenarnya terdapat berjuta-juta kerajaan kecil dan besar yang setiap satu bersambung-sambung dengan yang lain. Manakala setiap kerajaan itu pula mempunyai sistem ber‘Raja’nya tersendiri. Kepala setiap kerajaan ini adalah ber‘Raja’kan Iblis, sama ada Iblis itu besar atau kecil. Syaitan pula adalah rakyatnya yang paling kuat berkerja siang dan malam mengikut giliran kerana mereka juga ada masa untuk tidur macam kita. Mereka sangat tekun dan berdisplin kerana takutkan askar-askar Iblis yang sangat garang dan ganas (lebih ganas dari kominis, zionis atau askar jepun zaman dulu). Mereka akan dibunuh saja jika malas kerana masih ada berjuta lagi yang boleh diharap dari yang malas itu. Pendek kata mereka ini tidak mahu meninggalkan perhatian mereka walau sesaat jua pun, silih berganti antara mereka dikala tidur atau jaga sentiasa disisi manusia itu sehingga manusia itu rebah ditangan mereka. Hanya yang betul-betul bertakwa sahaja yang lepas. Yang lain semuanya terjatuh dan tersungkur melutut dikaki Iblis LaknatuAllah.
Begitulah perasaan cumburu, irihati, kebencian dan api permusuhan yang sangat dalam sekali dihati Iblis kepada seluruh Manusia keturunan Adam as. Ini hanya merujuk kepada kelompok Jin-jin kafir dan Jin-jin Islam yang fasiq dan munafiq. Ia tidak termasuk pada kelompok Jin Islam yang Abadi, Solihin, Arifin, Muttaqin dan mendapat darjat WaliAllah, golongan Jin yang mengambil Rasullah saw sebagai penjaga mereka. Kelompok ini tidak mengganggu umat Manusia, mereka hanya sibuk dengan urusan mereka sendiri dan tidak turut campur akan permusuhan Iblis dan Manusia itu. Mereka ini lah yang tergolong daripada Umat Muhammad yang masuk Syurga yang ada juga disebut didalam Al-Qur'an. Mereka juga tidak terlibat menjadi Khadam atau Sahabat atau berkahwin dengan Manusia atas sebab malas beribadah. Mereka sangat Taat akan perintah Rasul dan perintah Allah tetapi jumlahnya hanya sedikit . Jika hendak dibuat perbandingan, mungkin dalam sejuta ekor hanya seekor dari kelompok ini. Seperti juga manusia, yang dipilih menjadi kekasih Allah swt hanyalah sedikit sahaja.
Mereka mampu bergerak melebihi kelajuan cahaya. Sangat jauh dari kemampuan manusia kecuali manusia yang Allah swt beri kelebihan. Umur mereka sangat panjang, ada yang mencecah ratusan ribu tahun, puluhan ribu tahun. Manakala kelompok raja-raja Iblis pula tidak pernah mati dari dahulu hingga sekarang yang telah diberi izin Allah pada mereka atas permohonan mereka dulu.
Firman Allah di dalam surah Al-Hijr ayat 36-38, mafhumnya;
"Iblis berkata, Ya Tuhan ku! Berilah aku tempoh sampai hari dibangkitkan. Allah berfirman, Sesungguhnya engkau diberi tempoh. Sampai waktu yang ditentukan".
Kalau hendak dihitung akan jumlah makhluk Jin ini, memang tak terhitung. Jumlahnya tersangatlah banyak, bagaimana nak dihitung, jika seluruh jumlah manusia dari Nabi Adam as hingga hari kiamat didarab dengan semua jumlah seluruh binatang didarab semua jumlah tumbuh-tumbuhan didarab dengan semua jumlah batu batuan didarab dengan seluruh jumlah pasir yang ada dimuka bumi ini, itu pun dikatakan hanya 1 nisbah 10 dari jumlah golongan Jin ini. Manakala jumlah Jin itu pula hanya 1 nisbah 10 jumlah para Malaikat. Jumlah Malaikat hanya Allah swt dan Rasulnya saja yang tahu.
Mereka mendiami hampir keseluruhan muka bumi ini, lautan, udara, awan dan di Alam Mithsal (alam diluar pandangan manusia biasa). Di dalam sesetengah rumah manusia juga turut mereka diami bersama-sama dengan manusia. Dengan jumlah mereka yang begitu sekali ramainya, maka bolehlah kita anggapkan hampir keseluruhan muka bumi ini telah mereka penuhi. Dari setiap inci dari muka bumi ini mereka diami, mengikut ahli tafsir ini lagi dengan perbandingan yang mereka selalu katakan iaitu;
"Jika sebatang jarum jatuh kelantai, jarum itu akan jatuh dahulu kebahu-bahu makhluk Jin ini sebelum berada betul-betul dilantai tersebut".
Jadi tuan-tuan bayangkanlah betapa ramainya mereka bersesak-sesak tinggal dengan Manusia. Maka itulah kebaikan yang Allah swt ciptakan mereka tidak kelihatan oleh Manusia. Jika sekiranya manusia dapat melihat mereka, bolehkah kita hidup dalam keadaan seperti itu? Rasanya manusia tidak dapat hidup dalam keadaan sesak dan berhimpit-himpit seumpama itu. Manusia merasa rimas, serba serbi tak kena malah tidak boleh bekerja dan begerak pun.
(Jin yang berjaya ditangkap)

Contohnya jika kita menaiki bas yang sesak dengan penumpang sehingga nak bernafas pun tercungap-cungap, bagaimanakah yang dapat anda semua gambarkan? Tentu sekali manusia tidak mampu tinggal dalam keadaan begitu. Maha Kaya Tuhan yang menciptakan semua Makhluk dimuka bumi ini, telah Dia ketahui segala setiap sesuatu dengan Ilmu-Nya yang sangat luas.
Allah berfirman di dalam surah Al A'raf ayat 27, mafhumnya;
"Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka"
Telah dikatakan bahawa glongan Jin tidur waktu matahari naik dan bangun waktu matahari turun. Mereka tidur didalam cahaya terang Matahari, sebaliknya mula keluar pada waktu senja menjelma (angaran sekitar selesai Asar) untuk ‘mencari rezeki’. Semua peringkat umur akan merayau -rayau daripada tua sampai ke muda hingga ke anak-anak mereka juga berkeliaran. Itulah sebabnya orang tua-tua (manusia) selalu melarang anak-anak mereka bermain selepas waktu asar (menjelang Maghrib) kerana ditakuti akan melanggar atau terpijak anak-anak Jin itu yang akan mengakibatkan kaum Jin akan menuntut bela kepada manusia itu. Jika anaknya mati akan dibalas mati, jika cedera maka cedera juga mereka tuntut kepada anak manusia yang membuat angkara. Begitulah keadaahnya golongan Jin ini.
Sebuah Hadis Nabi ada menjelaskan pekara ini, iaitu;
Diriwayatkan dari Imam Bukhari Muslim, dari sanad yang soheh dinyatakan, Nabi pernah bersabda yang maksudnya;
"Apabila kamu menghadapi waktu malam atau pun kamu telah berada dari sebahagian malam, maka tahanlah anak-anak kamu kerana Syaitan ada berkeliaran di waktu itu dan apabila telah berlalu satu ketika malam maka tahanlah mereka (dari keluar rumah), tutup semua pintu-pintu rumah mu, sebutlah nama Allah, padamkan dian (lampu) serta sebut nama Allah, tutuplah makanan mu serta sebutlah nama Allah dan ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah (ketika menutup)".
Sebenarnya separuh daripada penyakit-penyakit yang kena pada manusia adalah datangnya dari gangguan kaum Jin, Syaitan, Iblis dan Ifrait ini. Mereka menjadi punca sebenar atas penyakit-penyakit yang amat sukar untuk dibuktikan dengan semua peralatan canggih Hospital. Tetapi sesetengah Doktor mempercayai akan alasan seumpama ini memang wujud. Memang terdapat penyakit yang Doktor sendiri merasa hairan, kerana tak pernah mereka belajar atau tiada di dalam keilmuan mereka akan wujudnya pekara seumpama ini.

Nampak macam penyakit biasa, contohnya Busong - perut pesakit membesar dan terus membesar, tetapi tiada punca saintifik dapat dikesan. Atau pun Santau - pesakit terus batuk dan muntah darah tak henti-henti, juga tidak boleh di X-ray. Doktor akan menyatakan pesakit ini normal, tetapi sebaliknya pesakit bertambah teruk dan akhirnya mereka mati. Jadi sebenarnya memang sejak dari zaman Nabi Allah Sulaiman lagi penyakit gangguan Jin ini telah berlaku. Penggunaan Jin, Syaitan dan Iblis dalam ilmu sihir memang telah diakui malahan Ilmu inilah yang diajarkan oleh mereka kepada Manusia. Mereka memang cukup licik dalam soal sihir ini.
Lihatlah bagaimana mereka menyusun strategi. Mereka ajarkan satu bentuk retual kepada manusia A untuk pengambilan ‘sahabat’. Kemudian Syaitan akan masuk mengacau manusia B. Manusia C pula akan menjadi pendorong kepada manusia B untuk berubat kepada manusia A. Apabila berubat, manusia A hanya dengan mudah mengusir syaitan yang menganggu kerana manusia ber’sahabat’ dengan Iblis iaitu raja syaitan itu. Kemudian manusia B pulih, dan dia pula akan menjadi ejen menjaja seperti salesman akan kemampuan manusia A boleh mengubat. Semuanya ini adalah bentuk sihir oleh Iblis tadi baik manusia A, B dan C. Semua terkena sihir Iblis tanpa disedari, kalau pun yang tahu ialah manusia A tetapi dia akan hanya mendiamkan diri atau berpura-pura seperti 'zuhud' dan 'waraq'.
(Kenampakan Bunian?)

Penampilan manusia A harus nampak meyakinkan masyarakat setempat, jika tidak ia akan ditangkap polis kerana menipu. Oleh itu beliau akan mengguna nama seperti Ustaz, Imam, Tuan Guru dan sebagainya. Begitu juga pengunaan jampi mantera harus tersembunyi. Mula-mula dia membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an, bahagian jampi mentera itu pula tidak dibunyikan kuat, perlahan sahaja. Begitulah berulang-ulang proses ilmu sihir, berpusing-pusing sedangkan pencaturnya hanya dari seekor Raja Iblis atau Raja Syaitan dan balatenteranya. Dari seorang manusia kepada seorang manusia mengalami berbagai jenis penyakit yang akan datang merujuk semula kepadanya untuk berubat. Mereka mencari upah yang sedikit.
Lain kesahnya dengan manusia yang terang-terang puja Iblis, puja dewa ni. Tak kira dari Sami Siam, Pawang Sihir, Tok Batin atau Raja Santet (santau). Mereka mengenakan upah yang tinggi untuk ‘membunuh’ atau ‘mengenakan’ musuh pelanggannya. Pernah kawan tinggal bersama-sama dengan ‘Raja Santet’ di Jokja Jawa Tengah. Kawan lihat apa yang dia buat, bagaimana dia buat, guna apa dia buat santau. Kemudian mentera pujanya, persemadiannya (proses bersatu dengan Iblis), semua dalam bahasa Jawa halus dan sebagainya. Dia bukan beragama Islam, dia beragama Hindu. Beliau pernah keluar dalam TV3 dalam program 'Misteri Nusantara' sedikit masa dahulu.
Tujuan kawan hanya hendak membuat penyelidikan, bukan berguru. Tapi yang hairannya memang menjadi sungguh Ilmunya itu. Santau ini ada ‘pemulih’ nya juga. Jadi anda lihat bagaimana modus operandinya, kan berpusing-pusing balek semula kepada dia. Semua orang kenal dia, sampai orang di Malaysia pun ramai yang datang kesana minta ‘dibuatkan’ orang tertentu bagi mati. Astaghfirullah hal ‘Azim. Sungguh kejam manusia ni.

Atas sifat manusia dan kelemahannya yang mempunyai sifat mazmumah seperti iri hati, jahat sangka, pendendam, busuk hati inilah diapi-apikan oleh pihak Jin supaya mengambil pendekatan seumpama ini untuk selesai masaalah. Contohnya didalam perebutan kuasa, mengajar pangkat, kontrak kerja, perniagaan, harta pusaka, tanah dan lain-lain. Pasti akan anda dengar cerita seumpama ini berlaku dimerata tempat. Semua ini angkara dorongan puak Jin yang jahat. Permainannya sangat halus hingga tidak dapat dikesan dengan mata, akal dan panca indera manusia yang lain. Manusia akan ambil jalan mudah dan tidak dapat dikesan sebagai perbuatan jenayah oleh pihak berkuasa.

Ada sesetengah manusia pula yang tidak percaya langsung pekara seumpama ini boleh berlaku di Zaman Millenium seperti sekarang ini. Sebenarnya mereka telah membuka ruang bagi pihak Jin dipermudah untuk manusia itu dikerjakan habis-habisan. Inilah 'isyarat' yang kawan katakan. Dengan tidak mempercayai langsung akan benda-benda yang kamu anggap tahyul itu, kamu telah memberi 'isyarat' kepada golongan Jin untuk dengan mudah menawaskan kamu. Yang susah bagi mereka ialah orang yang ‘kenal’ asal usul jin. Dalam kamu tak percaya itulah kamu menjadi 'ulam' bagi mereka.
Jadi, jangan sudah terhantuk baru nak ternada. Ternada dulu, jika pun terhantuk dah lali. Ambil kisah semua disekeliling anda, perhatikan semua sudud Ilmu Allah swt, sama ada ilmu zahir atau batin, sama ada ilmu dunia atau akhirat, sama ada ilmu di alam nyata atau alam ghaib (alam Mithsal). Ilmu Allah amat luas hingga tidak menjangkau akal mu, tidak cukup umur kamu walau ditambah dengan 1000 tahun lagi untuk khatam semuanya. Allah Maha Kudus, sifat Kudus ini tidak akan dikongsi dengan makhluk. Sedangkan Nabi Muhammad saw yang diberi amanah menjaga Perbendaharaan Ilmu Allah pun tak menyampai sifat Kudus yang Allah swt miliki, inikan kita manusia biasa. Yang hanya mampu kita buat cuma mencari, belajar dan yakin pada Allah serta percaya wujudnya alam ghaib (alam Mithsal) ini. Terserahlah pada Allah yang menetapkan 'tahap' ilmu yang boleh kita faham, ia tergantung pada rezeki kita. Ilmu sebegini penting untuk menjaga diri dan keluarga.
Jika mengikut penyelidikan yang dibuat, diantara penyakit-penyakit yang boleh dikatagorikan di dalam bentuk gangguan Puak Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis ini ialah Histeria, Gila, Rasukan, Hilang Akal, Pengsan, Lemah semangat, Sasau, Meroyan, Susuk, Sihir, Angau, Busong, Santau, Pelaris, Penutup kedai, Pukau, Cinta kaseh, Hayal, Tercekek, Sakit kepala (magrin/migrain), Resdong, Gangguan haid (wanita), Angin Senggugut, Telinga bedersing, Waswas, Berbohong, Mencuri, Makan riba, Lemah Badan, Letih Lesu, Lelah, Sakit Urat, Sakit Tulang, Sakit Perut, Lupa, Gatal badan, Penyakit kudis, Tokak dll.

(Lembaga hitam?)
Didalam Al-Qur’an dan Hadis Nabi saw, ada juga disebut beberapa nama iaitu;

Al-Iamam - gila, sawan, dalam hadis Nabi saw
Al-Takabut - tercekek, meraung sakit, dalam surah Al-Baqarah ayat 275
Al-Nusbin - letih , lesu dan lelah, dalam surah Sad ayat 41
Al-Nazqhu - sakit seperti dipukul, menikam, membunuh, dalam suran Al-A’raaf ayat 200
Al-Nasb - penat, hilang tenaga, sakit kudis, sopak, (maaf, sumber hilang dari simpanan editor)
Al-Istakwaza - hilang akal, lupa, pengsan, lemah semangat, dalam surah Al-Mujahadah ayat 19
Al-Maas - sihir, dalam surah al Baqarah ayat 102.
Didalam Al-Qur’an dan Hadis ada diterangkan beberapa jenis penyakit yang dialami manusia-manusia dizaman Nabi dahulu iaitu;

1) Allah berfirman didalam surah Al-Baqarah ayat 275, mafhumnya;

"Orang-orang yang memakan (harta) riba itu tidak dapat berdiri dengan betul (bangkit dari kubur) melainkan seperti dirasuk Syaitan kerana sakit gila..."
Keterangan ayat: Al-Takhadbut didalam ayat ini juga bermaksud tercekik, meraung kesakitan.

2) Allah berfirman didalam surah Sad ayat 41, mafhumnya;
"Ingatlah (peristiwa) hamba Kami Ayub, ketika ia merayu (kepada) Tuhannya, sesungguhnya aku disentuh Syaitan dengan kesusahan dan siksaan (penyakit yang dibawa oleh Syaitan iaitu hamba-hamba penyakit) ".

Keterangan ayat: Di ceritakan bahawa Nabi Allah Ayub as, telah menderita penyakit kudis yang ganjil diseluruh badannya. Dikatakan penyakit kudis (tokak) yang mengeluarkan nanah dan darah serta berulat serta bau yang sangat busuk. Semua orang meninggalkannya kecuali Isterinya yang sangat taat. Sekian lama (sesetengah riwayat mengatakan 70 tahun, setengahnya pula hanya 7 tahun) ia menderita penyakit itu lalu dia berdoa kehadrat Allah supaya Dia diberi perlindungan. Maka Allah perintahkan Dia memukul tanah tempat Dia berdiri, terkeluarlah pancutan air (sejenis air yang ada belerang gunung berapi - sulfer) dan dengan air itu ia mandi dan minum setiap hari sehinggalah sembuh. Begitu juga ceritanya penyakit kudis yang dialami oleh Syeikh Muhammad Yusuf Kenali (Tok Kenali) yang juga berulat, setiap kali ia mandi akan diasingkan ulat tadi dan sesudah mandi akan ia masukkan semula ulat tadi ditempat kudisnya (tokak) itu, begitulah cerita Ahlillah yang sangat sabar dengan dugaan Allah swt keatas diri mereka.

3) Firman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 102, mafhumnya;

"Mereka mengikuti apa yang dibacakan syaitan (ketua tukang sihir) pada masa kerajaan Sulaiman, dan Sulaiman itu bukan orang kafir, tetapi syaitanlah yang kafir. Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia dan apa-apa yang diturunkan kepada kedua malaikat Harut dan Marut dinegeri Babil (Babylon). Keduanya tidak mengajar sihir kepada sesorang melainkan terlebih dahulu berkata, kami ini hanya mendatangkan cobaan sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya.Mereka itu tiada memberi melarat kepada seorang jua pun kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajai apa-apa yang melarat kepada mereka dan tiada bermanafaat bagi mereka. Sesungguhnya mereka telah tahu siapa yang membeli sihir (mengerjakannya) tiadalah untuknya bahagian diakhirat. Sesungguhnya amat jahat orang-orang yang menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengatahui".
Keterangan ayat: Dalil menunjukkan amalan sihir telah belaku seawal zaman Nabi Allah Sulaiman lagi. Iblis telah mengajarkan ilmu sihir kepada manusia, silap mata dan untuk mencerai beraikan suami isteri dan meruntuhkan rumahtangga manusia. Kemudian mengajar ilmu pukau dengan kata-kata manis dan perkataan menarik hati yang memukau. Didalam ayat ini juga menerangkan hukuman bagi orang yang membuat sihir dan mengupah orang membuat sihir iaitu Neraka Jahanam dan kekal didalamnya.

4) Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 100, mafhumnya;

"Kemudian Yusuf mendudukan ibu bapanya diatas singgahsananya, lalu mereka sujud kepada Yusuf (hormat pada raja). Berkata Yusuf, Ya ayahandaku, inilah takwil (maksud) mimpi ku dahulu. Sesungguhnya Tuhan ku telah menjadikan dia dengan sebenar-benarnya. Sungguh Allah telah membuat baik kepada ku, ketika Dia mengeluarkan daku dari penjara, serta mendatangkan kamu dari dusun sesudah syaitan menghasut antara aku dan antara saudara-saudara ku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha halus (urusan Nya) tentang apa yang dikehandaki-Nya. Sungguh Dia Maha Mengatahui lagi Maha Bijaksana".
Keterangan ayat: Allah telah menyelamatkan Nabi Allah Yusuf as dari fitnah dan hasad dengki yang dihasut oleh syaitan kepada musuh-musuhnya sehingga ia terpenjara. Sebelum itu syaitan telah menghasut abang-abang Nabi Yusuf as untuk membunuhnya dan menyinkirkannya dari ayahnya (Nabi Allah Yakub as). Allah swt juga penyalamat bagi dirinya dikala itu. Begitu jahatnya syaitan-syaitan itu dengan semua perancangannya telah digagalkan oleh Allah swt dan Dialah saja penyalamat bagi orang-orang yang teraniaya.
5) Allah berfirman didalam surah Al-Araaf ayat 116 – 122, mafhumnya;

"Jawab Musa, lemparkan oleh mu dahulu. Setelah dilemparkan, disihirkan mata orang ramai dan ditakutinya mereka itu, hingga mereka memperlihatkan sihir yang besar ( tongkat mereka menjadi ular besar, sihir dan silap mata). Kami wahyukan kepada Musa supaya ia melimparkan tongkatnya, tiba-tiba tongkat itu (yang bertukar menjadi ular yg lebih besar) menelan apa yang mereka palsukan. Maka nyatalah kebenaran dan batallah apa-apa yang mereka buat. Maka dikalahkan mereka itu disana dan kembali menjadi orang-orang hina. Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur sujud. Mereka berkata, Kami telah beriman kepada Tuhan semesta Alam. Tuhan Musa dan Harun".

Keterangan ayat: Di zaman Nabi Allah Musa as terjadinya dengan terang-terangan amalan sihir dimerata tempat disebabkan raja mereka Firaun juga menganut dan mengalakkan amalan sihir bersama-sama penasihatnya Haman. Mereka hendak menghapuskan Nabi Musa dan Nabi Harun dengan pertandingan sihir. Allah jualah penyalamat bagi Nabi Musa dan Nabi Harun, dengan tongkat sebagai Mukjizat Nabi Musa, segala sihir tertewas. Maka berimanlah sebahagian besar tukang-tukang sihir dengan Tuhan, Nabi Musa dan Nabi Harun.

Nabi Muhammad saw juga pernah di sihir oleh orang Yahudi. Didalam Sahih Muslim, telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, yang telah diriwayatkan daripada Aisyah ra, telah bersabda Nabi saw yang maksudnya;

"Daripada Aisyah ra beliau berkata: Seorang lelaki telah melakukan sihir kepada Rasuallah saw daripada Bani Zuriq, dikatakan bahawa lelaki itu ialah Labid bin Al-Asaam Al-Yahudi sehingga Rasullah saw berasa engak karuan (tak tentu arah) atas pekara yang dilakukan, Baginda merasa ragu (resah gelisah) sama ada telah ia lakukan atau pun tidak. Pada suatu malam ketika Rasullah saw bersama-sama ku, baginda berdoa dan berdoa kemudian bertanya kepada ku, 'Wahai Aisyah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu keatas diriku?’ Nabi menyambung, 'Ada dua orang lelaki (malaikat) telah datang kepada ku ketika aku sedang tidur, seorang berada disisi ku dan seorang lagi disisi kakiku, maka seorang bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad saw ini?’ Jawab temannya 'Dia telah disihir orang' ditanya lagi 'Siapakah yang telah menyihirnya?’, Dijawab lagi 'Dia telah disihir oleh Labid bin Al-Asaam'. Ditanya lagi 'Dengan apakah dilakukan sihir itu?’, Dijawabnya 'Dengan menggunakan sisir (sikat) rambutnya dan dengan cara lain (sihir). Ditanya lagi 'Dimanakah diletakkan barang-barang tersebut?’, Jawabnya 'Ditanam disebuah perigi namanya Dharwan'. Maka Rasullah saw menghantar beberapa orang sahabat, pergi keperigi tersebut sebelum baginda sendiri pergi, kemudian pulang lalu baginda bersabda, 'Wahai Aisyah, air perigi itu berwarna merah seperti perahan inai dan batang pohon kurmanya (diukir) berupa seperti kepala syaitan'. Aku bertanya,'Wahai Rasullah, adakah engkau mengeluarkannya'?, Nabi saw menjawab ' Allah swt telah menyembuhkan ku maka aku bimbang (jika mengeluarkannya) ia akan mendatangkan keburukan pula kepada manusia dan aku suruh agar perigi itu ditimbus".

Keterangan hadis: Lihatlah permusuhan golongan Yahudi terhadap Nabi saw, pernah menyihir baginda tetapi Allah swt sebagai pelindung telah menghantar malaikat untuk memberitahu Nabi atas perbuatan buruk mereka itu. Para sahabat Nabi telah masuk kedalam perigi itu dan mencari sikat Nabi, setelah bertemu, maka Rasullah pun sembuh. Mereka kira Nabi boleh ditewaskan dengan cara halus begitu. Sebenarnya Allah Mengatahui atas segala setiap sesuatu sama ada tersembunyi atau yang nyata.

Jadi daripada semua keterangan diatas maka pihak Jin ini telah begitu lama menjalankan kerja sihir kepada manusia dengan mengajar manusia yang dipihak dia melakukan kerja-kerja terkutuk ini. Semenjak dari zaman Nabi Adam as lagi hingga di zaman Nabi Muhammad saw dan sehingga kini penyakit ini masih segar dikalangan Masyarakat terutamanya Melayu. Manusia penyembah Iblis inilah yang paling lama sekali menjadi duri dalam daging bagi masyarakat Melayu keseluruhannya yang menjadi keruntuhan aqidah yang paling utama sekali dewasa ini. Pengamal-pengamalnya juga silih berganti setiap zaman kerana disebabkan SAKA keturunan inilah yang bertali arus dari satu genarasi ke satu genarasi sejak dahulu lagi. Mereka Islam hanya dibibir sahaja, disebaliknya pengamal tegar dan menganut pahaman Kebatinan Pagan Kuno Sembah Dewa Iblis Majusi yang tersebar dimerata-rata tempat dibumi Indonesia (secara terang-terangan) dan di Malaysia (secara rahsia kerana Undang-undang anti Ilmu Sesat disini sangat keras). Kami amat memuji atas sikap Kerajaan Malaysia (maaf, bukan berbaur politik) yang punya usaha berterusan untuk menangani ajaran-ajaran sesat yang tumbuh bagai cendawan disini. Satu persatu akan ditahan dalam sedikit masa lagi, Insyaallah...
Selanjutnya setelah membicarakan akan kesan penyakit-penyakit yang boleh dihadirkan oleh kaum Jin dan kuncu-kuncunya, mari kita lihat apakah lagi ciri-ciri kaum ini lagi. Golongan Jin ini mempunyai berbagai agama juga selain Islam yang telah disyariatkan Allah pada mereka sejak dahulu lagi seperti juga Adam as dan kaum manusia. Hanya sedikit sekali yang mengikut Nabi Muhammad saw menganut Islam dibawah tangan Nabi sendiri hinggalah kehari ini. Boleh juga dikatakan majoriti golongan Jin-jin kafir ini menganut agama Yahudi, Kristian dan Kominis (komunis) atau ateis, manakala hanya sedikit yang beragama Budha, Hindu dan Majusi. Jin kafir dan yang beragama Islam yang Munafiq, sangat cepat mendatangi manusia yang meminta pertolongan mereka. Pertolongan itu biasanya bersyarat yang akan pula merosakkan manusia itu sendiri.
Sebenarnya mereka yang jahat ini melihat manusia seperti seekor binatang. Telah diberitahu bahawa manusia biasa tidak dapat melihat kaum Jin semasa didunia kecuali manusia yang diberi kelebihan sahaja. Tetapi diakhirat, semua tabir penglihatan itu akan dibuka. Maka manusia semua boleh melihat Jin di Syurga. Tetapi dikala itu rupaparas Jin ini tidak lagi penting, kerana manusia lebih rindu melihat ‘Wajah Allah swt’ sahaja, selain itu wajah Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabatnya, Wali-wali, Guru-guru dan ibubapa mereka yang sangat mereka rindui.
Adapun jumlah mereka yang terlalu ramai mungkin juga disebabkan terlampau mudah mereka berkembang biak tidak seperti manusia yang mempunyai proses dari semenjak dikahwini sehingga mendapat zuriat yang agak lama. Golongan Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis ini membiak tidak seperti manusia. Mereka bertelur bukan mengandung. Apabila mereka menyentuh peha kiri dan peha kanan pasangannya, maka akan terbit 33 biji telur, setiap biji telur pula mengandungi 33 pasang anak. Dalam masa sekitar 33 hari saja ia akan menetas jadi jika dihitung akan kelahiran keturunannya dalam satu-satu masa iaitu sejumlah 1089 pasang anak semuanya. Yang membesar juga amat pantas (tidak diberitahu masanya). Mereka juga menyusu dibelakang badan ibunya terdapat terlampau banyak puting susu (tetapi tiada buah), itu sebabnya orang Melayu memanggilnya dengan nama Hantu Kopek, ia ganjil dan bukan seperti kopek (payu dara) wanita manusia. Dari pada anak-anak Jin yang berpasang-pasang itu juga jika mereka (jin jantan) menyentuh peha kanan dan peha kiri pasangannya iaitu jin betina maka berlakulah lagi proses kelahiran yang sama seperti diatas. Jadi dapat kah anda bayangkan betapa cepatnya mereka membiak?
Kemudian golongan Jin sama ada jantan atau betina jika berkahwin dengan manusia juga sama ada lelaki atau perampuan, tidak perlu melakukan persetubuhan seperti pasangan manusia. Mereka hanya perlu menyentuh kemaluan pasangan masing-masing maka yang betina atau wanita akan mengandung saat itu juga dan terus mukallaf. Proses mengandung bayi dalam kandungan serta keliharannya itu sama seperti manusia biasa. Hanya satu orang bayi saja yang akan lahir apabila cukup masanya iaitu 9 bulan 10 hari. Anak yang lahir itulah yang dipanggil oleh masyarakat Melayu dengan istilah Bunian atau Orang Halus atau Orang Ghaib. Begitulah proses-proses persenyawaan dan kelahiran diantara Orang Bunian seterusnya hingga kiamat.

Nampaknya sampai disini dahulu yang dapat kwaan muatkan di dalam Muka Surat 2 ini disebabkan ruangan yang telah besar sedangkan banyak lagi maklumat yang belum dapat ditulis di dalam ruang ini. Nantikan episod yang akan datang di Muka Surat 3. Antaranya:

1) Jin yang boleh menyerupai manusia.
2) Bangsa-bangsa Jin.
3) Perbezaan Pelbagai Istilah
4) Tempat kemasukan Jin
5) Cara kemasukan Jin
6) Kejahatan Jin pada Manusia
7) Kelemahan Jin
Dan banyak lagi... Teruskan membaca wahai sang pelayar Ilmu, semoga anda mendapat pencerahan diakhir
pelayaran kita. InsyaAllah!

Wallahua'lam,

0 Orang Tengah Conteng-conteng:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...